Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Monsters: The Dark Prince Akan Datang Ke PC & Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Dragon Quest Monsters: The Dark Prince Akan Datang Ke PC & Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan Dragon Quest Monsters: The Dark Prince di PC melalui Steam, serta Mobile melalui iOS dan Android pada 11 September. Lebih menarik lagi, setiap versi yang disebutkan tadi akan memiliki semua DLC daripada versi Switch, kecuali mode “Online Battles.”

Anda boleh menonton trailer di bawah untuk pandangan pertama:

Asalnya dilancarkan untuk Switch pada Disember 2023, Dragon Quest Monsters: The Dark Prince sedikit berbeza daripada entri-entri dalam francais. Daripada melawan raksasa, sebaliknya anda perlu berkawan dan mengumpul pasukan raksasa dari seluruh siri Dragon Quest, lalu memggunakan mereka dalam pertarungan menentang musuh anda.

Kredit: Square Enix

Rekrut raksasa dari dunia liar di dan gabungkan mereka untuk mensintesis makhluk baharu mengikut pilihan anda. Dengan lebih 500 raksasa untuk dipilih dan sistem sintesis serba baharu untuk digunakan, pemain boleh mencampur dan memadankan sepuas hati untuk mencipta makhluk comel atau penjahat super kejam, serta kombinasi yang tidak pernah wujud dalam francais.

Kredit: Square Enix

Seperti saya kata tadi, versi Steam, iOS, dan Android akan memiliki semua DLC daripada versi konsol termasuk: Mole Hole, Coach Joe’s Dungeon Gym, dan Treasure Trunks.

Plot Cerita

Kredit: Square Enix

Psaro disumpah dan tidak dapat membahayakan apa-apa yang mempunyai darah raksasa. Sekarang, dia terpaksa menjadi Monster Wrangler dan mencipta tentera sendiri untuk bertarung.

Pemburuan ini membawa Psaro ke wilayah Nadiria yang sentiasa berubah musim dengan persekitarannya yang unik, seperti sungai-sungai lava yang menggelegak, runtuhan purba misteri dan menara kek yang menjulang tinggi. Sepanjang perjalanan, Psaro akan bertemu dengan Rose, elf baik hati yang akan menyertai pengembaraannya untuk mencari raksasa lebih kuat.

Kunci kejayaan Psaro terletak pada sintesis: abiliti untuk menggabungkan dua raksasa dan mencipta makhluk yang lebih kuat. Setiap ciptaan baharu membawa Psaro selangkah lebih dekat kepada matlamatnya untuk menjadi Master of Monsterkind.

Jika berminat dengan Dragon Quest Monsters: The Dark Prince, anda boleh pre-register sekarang di Steam untuk pemain PC, atau Google Play Store/Apple App Store bagi pemain mobile!

Tags: Dragon Quest Monsters: The Dark PrinceMobilePC
ShareTweetSend
Previous Post

Pertarungan Terakhir FAIRY TAIL 2 akan Bermula 13 Disember!

Next Post

Nami Tamaki Akan Datang Ke Malaysia, Saksikan Persembahan Pertama Di LEVEL UP PLAY!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Nami Tamaki Akan Datang Ke Malaysia, Saksikan Persembahan Pertama  Di LEVEL UP PLAY!

Nami Tamaki Akan Datang Ke Malaysia, Saksikan Persembahan Pertama Di LEVEL UP PLAY!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd