Kejutan besar hari ini, kerana MDEC baru sahaja mengumumkan bahawa penyanyi popular Jepun, Nami Tamaki, akan datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di LEVEL UP PLAY.
Merupakan persembahan pertamanya di Malaysia, LEVEL UP PLAY akan diadakan di KLCC, Malaysia pada 13 hingga 15 September 2024. Berita ini diumumkan melalui Facebook rasmi LEVEL UP PLAY:
Bagi mereka yang tidak kenal idola ini, Nami Tamaki merupakan antara muka-muka besar untuk muzik J-Pop, dengan empat album Top 10 (dua daripada album itu berjaya mencapai nombor satu).
Nami mempunyai hubungan yang rapat dengan industri ACG (Anime, Comics, Game), dan menyumbang kepada beberapa francais dengan muziknya. Contoh terkenal termasuk francais Gundam SEED dan Gundam SEED Destiny (“Realize”, “Believe”, “Reason”, “Result” dan “Identity”), “Brightdown” – lagu pembukaan untuk anime siri D.Gray-man, dan “Sanctuary”, lagu pembukaan untuk siri anime Kiba.
Beliau turut mempersembahkan lagu “Fortune” sebagai tema utama untuk Radiata Stories, sebuah RPG untuk PS2 (serta mempunyai penampilan kameo dalam game versi Jepun) dan “CASTAWAY” sebagai lagu tema untuk Super Robot Wars J, game strategi turn-based yang mengumpulkan semua mecha-mecha terkenal ke dalam satu game.
LEVEL UP PLAY 2024
Akan berlangsung bermula 13 hingga 15 September di KLCC, LEVEL UP PLAY ialah acara Business to Consumer (B2C) di bawah MYDCF untuk meraikan kandungan digital terbaik yang dibangunkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & antarabangsa. Acara ini menampilkan game terbaharu, animasi terbaharu, esukan, permainan kad dagangan (TCG), konsert, barangan premium, gajet & teknologi serta persembahan hiburan, untuk menyediakan ruang bagi peminat turut terlibat.
Antara aktiviti yang anda boleh jangka termasuk:
- Pameran, demo dan pelancaran game digital
- Pameran game indie terbesar di Asia Tenggara
- Pameran dan aktiviti animasi terkenal Malaysia
- Bushiroad Expo 2024
- Pameran, demo dan jualan game PC
- ACER Predator League 2024
- MLBB Junior Cup 2024 dan PUBGM Open Tournament
- International ERacing Championship 2024 dan eFootball Pocket Tournament
- Hiburan pentas seperti konsert mini, Vtuber dan aktiviti cosplay
- Pelbagai jualan mainan dan barangan dengan harga istimewa
- Pameran komik terbesar daripada artis tempatan terkenal
- Aktiviti gamifikasi untuk mendapatkan barangan rasmi
- Banyak giveaway untuk semua!
Jika berminat, anda boleh mendapatkan tiket sekarang! 3-Day Pass (13-15 Sep) bernilai sebanyak RM40, manakala Single Day Pass dijual pada RM20. Tiket boleh dibeli di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post