Setelah berlalunya minggu yang penuh pendedahan, Electronic Arts dan BioWare akhirnya mengeluarkan gameplay pertama dari bahagian awal Dragon Age: The Veilguard, judul RPG fantasi single-player mereka yang akan datang.
Anda boleh menonton gameplay pertama Dragon Age: The Veilguard di bawah.
Jalan Cerita

“Solas, juga dikenali dengan nama Dread Wolf dan Elven Trickster, mahu meruntuhkan Veil yang memisahkan Thedas daripada dunia demon, untuk memulihkan semula keabadian dan kemuliaan rakyatnya—walaupun dengan mengorbankan nyawa yang tidak terkira banyak.”
“Tetapi masalah berlaku semasa ritualnya, kerana dua musuhnya yang paling hebat dan kuat telah dibebaskan. Dua musuh ini ingin menyelesaikan apa yang mereka mulakan beribu tahun yang lalu – iaitu kehancuran penuh dunia kita.”
“Perjalanan Rook (protagonis) untuk menghentikan dua dewa berkuasa ini memaksa dia mengembara ke seluruh Thedas termasuk bandar yang sibuk, kawasan tropika, hutan, paya, dan gua yang paling dalam, tetapi berhati-hati dengan kuasa jahat di sepanjang jalan seperti Dark Spawn, Venatori Cultist dan Demons of the Fade.”
Gameplay Umum

Setiap rakan-rakan baru di Dragon Age: The Veilguard memiliki jalan cerita individu. Cerita yang luas dan dinamik ini pula memerlukan pilihan kompleks daripada pemain yang akan mempengaruhi hubungan anda dan nasib setiap ahli Veilguard.
Rakan baharu termasuk Veil Jumper Bellara, necromancer Emmrich dan private detective Neve, daripada faction ikonik Dragon Age – yang memiliki skill tree individu dan peralatan khusus untuk dipakai. Anda juga akan melihat wajah lama, seperti archer Lace Harding yang kembali ke siri ini sebagai teman sepenuh masa.

Pertempuran mengasyikan menggabungkan kawalan momen ke momen dengan ciri keputusan taktikal. Pemain boleh customize sepenuhnya pengalaman mereka agar sesuai dengan playstyle daripada skill tree yang pelbagai di antara tiga kelas berbeza—Warrior, Mage dan Rogue—masing-masing dengan abiliti dan pengkhususan yang unik.
Pilih dua rakan untuk menyertai anda dalam pertarungan dan lepaskan kombo hebat yang boleh mengubah arus mana-mana pertempuran. Buat pilihan strategik dan arahkan rakan untuk melawan, menyembuhkan atau menjauhkan diri daripada pertarungan.

Dragon Age: The Veilguard akan keluar untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada musim luruh ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post