Baru-baru ini, NetEase Games telah mengumumkan FragPunk, game “free-to-play 5v5 first-person hero shooter” yang akan datang ke Xbox Series dan PC melalui Steam pada tahun 2025. Buat masa ini, sesi playtest sedang dirancang untuk kedua konsol dan PC.
Anda boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran umum:
Gameplay Umum
FragPunk ialah five-versus-five hero shooter fast-paced dengan kad kuasa yang mengubah peraturan setiap pusingan! Pilih hero, senjata, dan pelbagai pilihan kad yang mendadak mengubah peraturan pertarungan!
Ubah Peraturan Dengan Shard Card – Pakai lebih 70 Shard Card yang mengubah setiap pertempuran dengan mencipta kombinasi baharu dan unik! Kad boleh meningkatkan ketinggian lompatan, membalikkan peranan penyerang dan pertahanan, menembak peluru api atau kilat, malah boleh menghidupkan anda dan rakan pasukan.
Aksi Hero Five-Versus-Five – Setiap pusingan mengambil masa kira-kira 2.5 minit! Tempoh pendek bermakna anda perlu tembak dengan baik dan bertindak balas dengan pantas untuk memenangi pertarungan. Pilih antara 10 hero dengan abiliti yang pelbagai, customize kombinasi senjata anda, pilih kad anda dan bersedia untuk bertarung.
Variasi Untuk Replayability – Pilih hero kegemaran daripada 10 pilihan, setiap satu dengan abiliti unik mereka sendiri. Cari senjata kegemaran di antara 15 yang tersedia, beberapa mempunyai kebolehan istimewa, seperti menembak lebih pantas dari masa ke masa, burst shot dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post