Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DLC Multiplayer Percuma ‘Ghost of Yotei: Legends’ Akan Hadir Mac 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, Multiplayer, PS5
0 0
0
DLC Multiplayer Percuma ‘Ghost of Yotei: Legends’ Akan Hadir Mac 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Sucker Punch Productions mengumumkan bahawa mod online co-op multiplayer ‘Ghost of Yotei: Legends‘ bakal dilancarkan pada 10 Mac 2026.

DLC ini akan hadir melalui kemas kini versi 1.5 dan boleh dinikmati secara percuma oleh semua pemilik game tersebut. Legends membawa dimensi berbeza kepada dunia Yotei dengan memperkenalkan elemen mistik dan ghaib, di mana pemain perlu bekerjasama untuk menumpaskan versi raksasa daripada kumpulan “Yotei Six”.

Tiga Mod Permainan Utama

Apabila dilancarkan nanti, Legends akan menawarkan tiga jenis misi utama:

  1. Survival: Mod ini memerlukan pasukan empat orang pemain untuk mempertahankan kawasan daripada serangan musuh yang datang bertali-arus. Sistem baharu “Blessing and Curse” diperkenalkan di sini. Jika berjaya mengawal sesebuah lokasi, pasukan akan menerima Blessing yang memberi kelebihan dalam combat. Namun, jika kawasan tersebut jatuh ke tangan musuh, Curse akan dilepaskan untuk menyukarkan perjuangan pasukan anda.
  2. Story: Bagi yang lebih gemar mengikuti jalan cerita, mod ini menyediakan 12 misi naratif untuk dua pemain yang mendalami sisi misteri mod tersebut.
  3. Incursions: Ini adalah cabaran baharu. Selepas menyelesaikan setiap tiga misi Story, pemain akan membuka Incursion; iaitu serangan melibatkan empat pemain ke atas kubu musuh. Setiap misi ini akan berakhir dengan pertarungan boss gergasi yang diilhamkan daripada ahli Yotei Six seperti Spider, Oni, Kitsune, dan Snake.

Bagi melengkapkan senarai musuh “Yotei Six”, Sucker Punch turut mendedahkan bahawa mod Raid akan menyusul pada bulan April. Mod ini menguji kerjasama pasukan ke tahap maksimum untuk menumbangkan Dragon dan Lord Saito sendiri.

Empat Kelas Pahlawan Unik

Pemain boleh memilih satu daripada empat kelas pahlawan, di mana setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri dalam sistem combat:

  • Samurai: Pakar barisan hadapan yang menggunakan pedang ōdachi dan mempunyai akses kepada pelbagai jenis senjata.
  • Archer: Bukan sekadar pakar jarak jauh, kelas ini juga mahir menggunakan yari (tombak) untuk combat jarak sederhana.
  • Mercenary: Pahlawan lincah yang memfokuskan kepada kelajuan dan utiliti, serta merupakan satu-satunya kelas yang boleh menggunakan dua katana serentak.
  • Shinobi: Pakar serangan hendap yang menggunakan kusarigama (sabit berantai) dan kemahiran stealth untuk mengelirukan musuh.

Sambil meningkatkan level, pemain boleh mengumpul pelbagai jenis loot, senjata legenda, dan hiasan perisai eksklusif mengikut kelas masing-masing.

Ruang Sosial dan Interaksi

Satu lagi pembaharuan adalah pengenalan Legends Lobby. Ruang ini bukan sekadar menu, tetapi merupakan kawasan sosial di mana pemain boleh berkumpul, berlatih memanah atau bertarung, serta mencuba mini-game seperti Zeni Hajiki dan Bamboo Strike untuk bersaing mendapatkan skor tertinggi.

Photo Mode turut dikekalkan supaya anda boleh merakam aksi bersama rakan sepasukan di tengah-tengah pertempuran.

Ghost of Yotei kini tersedia untuk konsol PlayStation 5, dan pastikan anda tidak terlepas untuk memuat turun kemas kini percuma Legends pada 10 Mac nanti!

Tags: Ghost of Yotei: Legends
ShareTweetSend
Previous Post

Death Stranding 2: On the Beach Bakal Menemui Pemain PC Pada Mac 2026!

Next Post

MARVEL Tokon: Fighting Souls Akan Dilancarkan Ogos 2026 – Inilah Barisan X-Men Serta Info Mod Story!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
MARVEL Tokon: Fighting Souls Akan Dilancarkan Ogos 2026 – Inilah Barisan X-Men Serta Info Mod Story!

MARVEL Tokon: Fighting Souls Akan Dilancarkan Ogos 2026 - Inilah Barisan X-Men Serta Info Mod Story!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd