Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dissidia Duellum Bakal Dilancarkan Mac 2026 – Wira Final Fantasy Tiba di Zaman Moden!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Dissidia Duellum Bakal Dilancarkan Mac 2026 – Wira Final Fantasy Tiba di Zaman Moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix bersama pembangun NHN PlayArt mengumumkan bahawa peranti iOS dan Android bakal menerima game 3v3 team battle arena terbaharu, Dissidia Duellum Final Fantasy, pada Mac 2026.

Bermula hari ini, anda sudah boleh mendaftar melalui App Store atau Google Play.

Wira Klasik di Tokyo Moden

Berbeza dengan game-game Dissidia terdahulu yang memfokuskan kepada pertarungan antara wira dan penjahat, Duellum membawakan kelainan menerusi format boss battle. Dalam mod ini, dua pasukan (setiap satu dianggotai tiga pemain) akan bertarung secara serentak di dalam satu arena.

Fokus utama bukanlah untuk menyerang pasukan lawan, sebaliknya ia adalah ‘perlumbaan’ untuk melihat siapa yang lebih pantas menumpaskan bos gergasi.

Jalan ceritanya pun unik apabila pahlawan hebat seperti Cloud Strife, Lightning, dan Warrior of Light diseru ke bandar Tokyo zaman sekarang demi menyelamatkan dunia daripada kemusnahan. Pemain boleh memilih watak kegemaran berdasarkan empat peranan utama iaitu Melee, Ranged, Agile, atau Support.

Dari segi visual, Duellum tampil dengan grafik cel-shaded yang memberikan aura seperti menonton anime. Jalan ceritanya disertakan dengan lakonan suara penuh dalam bahasa Jepun.

Anda juga boleh melihat interaksi harian antara watak-watak ini melalui episod “chat messenger”, sekali gus menggambarkan kehidupan mereka di dunia moden. Pemain juga boleh menggayakan hero dengan pakaian streetwear moden yang sangat sesuai dengan latar tempat di Tokyo.

Ciri-ciri lain termasuk:

  • Customization Combat: Gunakan pelbagai abiliti dengan ilustrasi yang dihasilkan oleh artis-artis terkemuka.
  • Koleksi Muzik: Kumpul dan dengarkan lagu asal serta gubahan baharu daripada pustaka muzik Final Fantasy.
  • Profil & Sosial: Hias kad profil, bersembang dengan pemain lain, dan bina komuniti Final Fantasy sendiri.
Tags: Dissidia Duellum Final FantasyMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Sedia Jadi Anomaly Hunter? Neverness to Everness Akan Tiba April 2026!

Next Post

Mortal Kombat II Umum Tarikh Tayangan Baru – Janji Aksi Lebih Ganas Pada Mei 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Mortal Kombat II Umum Tarikh Tayangan Baru – Janji Aksi Lebih Ganas Pada Mei 2026!

Mortal Kombat II Umum Tarikh Tayangan Baru - Janji Aksi Lebih Ganas Pada Mei 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd