Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mortal Kombat II Umum Tarikh Tayangan Baru – Janji Aksi Lebih Ganas Pada Mei 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Mortal Kombat II Umum Tarikh Tayangan Baru – Janji Aksi Lebih Ganas Pada Mei 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas ditangguh sebanyak dua kali, Warner Bros. Malaysia akhirnya mengumumkan tarikh tayangan baharu buat filem Mortal Kombat II, yang disahkan bakal keluar di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mei nanti. Bersama pengumuman itu, mereka turut mendedahkan trailer kedua bagi gambaran lebih lanjut tentang sekuel ini.

Walaupun sesi penggambaran telah pun selesai lebih dua tahun lalu dan sepatutnya ditayangkan pada Oktober 2025, Warner Bros. memilih untuk menunda tarikh tayangan ke bulan Mei. Hal ini sebenarnya membawa berita positif.

Langkah ini diambil selepas kejayaan filem Superman pada tahun lalu; pihak studio yakin bahawa Mortal Kombat II mempunyai kualiti “blockbuster” yang mampu mendominasi carta filem tahun ini.

Bagi plot utama.. Jika filem tahun 2021 memperkenalkan Cole Young (lakonan Lewis Tan) sebagai protagonis, tumpuan filem kedua akan beralih kepada Johnny Cage. Karl Urban yang menggalas watak tersebut akan menjadi protagonis utama, tetapi watak Cole Young disahkan akan tetap muncul dalam filem ini.

Naratif menyambung terus peristiwa daripada filem pertama. Barisan juara Earthrealm kini perlu bersatu hati untuk menumbangkan Shao Kahn. Shao Kahn bukan sekadar ancaman biasa, malah menggugat kelangsungan hidup seluruh kewujudan Earthrealm itu sendiri.

Sekuel ini juga menampilkan barisan pelakon yang paling besar dalam sejarah filem live-action Mortal Kombat.

Antara bintang yang kembali ialah Ludi Lin sebagai Liu Kang, Tadanobu Asano sebagai Lord Raiden, Hiroyuki Sanada sebagai Scorpion, dan Joe Taslim, yang kembali sebagai Noob Saibot selepas watak Sub-Zero mati dalam filem terdahulu.

Selain itu, barisan watak baharu termasuklah Adeline Rudolph sebagai Kitana, Tati Gabrielle sebagai Jade, dan Martyn Ford sebagai antagonis utama, Shao Kahn. Peminat juga boleh menantikan King Jerrod (lakonan Desmond Chiam) serta Baraka (lakonan CJ Bloomfield).

Tags: Mortal Kombat II
ShareTweetSend
Previous Post

Dissidia Duellum Bakal Dilancarkan Mac 2026 – Wira Final Fantasy Tiba di Zaman Moden!

Next Post

Ninja Gaiden 4 Umum DLC ‘The Two Masters’ – Cerita Baru, Senjata Baru & Mod Abyssal Road!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ninja Gaiden 4 Umum DLC ‘The Two Masters’ – Cerita Baru, Senjata Baru & Mod Abyssal Road!

Ninja Gaiden 4 Umum DLC ‘The Two Masters’ - Cerita Baru, Senjata Baru & Mod Abyssal Road!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd