Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diskaun BESAR untuk game-game baru PS4 seperti Borderlands 3 & STAR WARS Jedi: Fallen Order sempena Spring Sale!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 2, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Bimbingan, PS4
0 0
0
Diskaun BESAR untuk game-game baru PS4 seperti Borderlands 3 & STAR WARS Jedi: Fallen Order sempena Spring Sale!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation Store Spring Sale kini sudah bermula dan sedang menawarkan diskaun besar pada lebih 600 game PS4. Yang saya paling suka tentang Spring Sale tahun ini ialah ia menawarkan tawaran hebat sehingga 85% pada beberapa permainan PS4 terkenal sekarang. Promosi ini akan tamat pada 28 April, jadi pemain mempunyai banyak masa untuk membeli satu atau dua game yang mereka suka. Perlu diingatkan juga ialah Sony akan mengemas kini senarai permainan pada 15 April. Jadi jangan terleka.

Memimpin promosi ini adalah Borderlands 3 Deluxe Edition, yang merupakan salah satu game paling dinanti-nantikan pada tahun 2019. Borderlands 3 Deluxe Edition kini boleh didapati di PlayStation Store pada harga RM169, selepas menerima diskaun 50% daripada harga asal yang bernilai RM338. Jangan tunggu lagi! Inilah peluang terbaik untuk membeli game ini bagi pemain yang telah menunggu lama untuk diskaun yang besar. Edisi khas permainan ini mengandungi banyak bonus seperti:

  • Retro Cosmetic Pack: Vault Hunter head & skin, Echo Device skin, weapon skin;
  • Neon Cosmetic Pack: Vault Hunter head & skin, Echo Device skin, trinket;
  • Gearbox Cosmetic Pack: weapon skin, trinket;
  • Toy Box Weapons Pack: 2 Toy guns, Toy grenade mod, trinket;
  • Equippable XP & Loot Drop Boost Mods;

Satu lagi game menarik ialah STAR WARS Jedi: Fallen Order Deluxe Edition oleh EA. Permainan ini baru dikeluarkan pada bulan November lalu dan menawarkan pengalaman action-adventure yang menceritakan kisah Jedi baru bernama Cal Kestis. Pemain boleh mendapatkan STAR WARS Jedi: Fallen Order Deluxe Edition sekarang untuk RM190.20, yang menerima diskaun 40% dari harga asal RM313 . Sejurus selepas pelancaran, STAR WARS Jedi: Fallen Order mendapat banyak ulasan positif daripada para pemain dan pengkritik, serta berjaya mendahului beberapa carta jualan. Edisi khas permainan ini mengandungi banyak bonus seperti:

  • Crimson BD-1 skin
  • Crimson Mantis skin
  • Digital Art Book
  • Director’s Cut behind-the-scenes videos

Antara game terkenal di PlayStation Store Spring Sale termasuk:

  • Grand Theft Auto V Premium Online Edition – RM73
  • DYNASTY WARRIORS 9 Complete Edition – RM278.40
  • NBA 2K20 Digital Deluxe – RM120.12
  • Mortal Kombat 11 Premium Edition – RM166
  • Mortal Kombat 11 PE + Injustice 2 LE – Premier Fighter – RM254
  • RESIDENT EVIL 2 – RM88
  • STAR WARS Battlefront II: Celebration Edition – RM84.50
  • God of War Digital Deluxe Edition – RM64.50
  • Assassin’s Creed Odyssey – Digital Standard Edition – RM116.50
Anda boleh lihat senarai penuh di sini.
Tags: Diskaunplaystationplaystation storepromosiPS4Sonyspring sale
Previous Post

Acer mengumumkan Predator Triton 500 baru & gaming notebook Nitro 5!

Next Post

Ditangguh! The Last of Us Part II pun tidak imun kepada COVID-19!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026
Acara

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

July 21, 2026
Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Filem

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

July 21, 2026
Next Post
Ditangguh! The Last of Us Part II pun tidak imun kepada COVID-19!

Ditangguh! The Last of Us Part II pun tidak imun kepada COVID-19!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd