Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer mengumumkan Predator Triton 500 baru & gaming notebook Nitro 5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 2, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Produk
0 0
0
Acer mengumumkan Predator Triton 500 baru & gaming notebook Nitro 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini mengumumkan Predator Triton 500 dan gaming notebook Nitro 5. Selain daripada mempunyai peningkatan yang tinggi dalam prestasi, kedua-dua peranti datang dengan pemproses 10th gen Intel Core, NVIDIA GeForce RTX SUPER dan GPU GTX terkini.

Predator Triton 500

 

1 of 2
- +

Dikuasakan oleh pemproses 10th Gen Intel Core dan NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau 2070 SUPER GPU dengan Max-Q Design, Predator Triton 500 mampu menghadapi cabaran yang paling sukar. Menyokong kuasa itu, hayat bateri selama 7.5 jam membolehkan produktiviti yang mengagumkan, dan menjadikan peranti itu sebagai pilihan yang sangat baik. Paparan IPS 300 Hz dengan “response time” 3 ms memaparkan semua aksi terperinci dengan lancar dan jelas, dan meliputi 100% gamut warna sRGB sambil menyokong pandangan sudut lebar. Teknologi NVIDIA G-SYNC juga menghilangkan “tearing” dan meminimumkan lag.

Predator Triton 500 dilengkapi dengan Wi-Fi 6 AX1650i Killer, pengawal ethernet E3100G dan Control Center 2.0 untuk meningkatkan kualiti sambungan rangkaian kepada tahap baru, bagi memastikan aplikasi penting mendapat keutamaan jalur lebar. Kesemua kuasa ini dibungkus ke dalam casis ringan berukuran 17.9 mm (0.7 inci) dan 2.1 kg (4.63 lb) yang mempunyai nisbah skrin-ke-badan 81%. Triton 500 mempunyai memori 32 GB DDR4 dan storan sehingga 2 TB NVMe RAID 0 SSD.

Vortex Flow

Predator Triton 500 mempunyai teknologi Vortex Flow, sebuah reka bentuk baru yang melibatkan tiga kipas yang ditempatkan secara strategik dalam casis, dan bekerja seiring dengan peningkatan aliran udara sambil mengurangkan bunyi bising. Ini dipertingkatkan lagi oleh teknologi CoolBoost, yang meningkatkan kelajuan kipas untuk prestasi yang lebih baik. Pemain boleh memantau suhu peranti dan mengubah suai kelajuan kipas melalui UI PredatorSense.

Sistem penyejukan inovatif ini mempunyai kipas 4th Gen AeroBlade 3D yang direka khas untuk memaksimumkan aliran udara dan mengurangkan bunyi bising. Sisi bergerigi, bersayap dan sirip melengkung membolehkan peningkatan sehingga 45% dalam aliran udara. Dengan penambahan lima paip haba, Predator Triton 500 baru ini mendapat prestasi yang lebih baik sebanyak 33% berbanding versi 2019.

Acer Nitro 5

 

1 of 3
- +

Acer Nitro 5 dilengkapi dengan pemproses 10th Gen Intel Core i7 yang memberikan prestasi 5 GHz dan grafik GeForce RTX 2060 atau GeForce GTX 1650Ti atau GPU 1650 terkini. Ia datang dengan dua M.2 PCS SSD dan 1TB HDD1 untuk penyimpanan, dan sehingga 32 GB RAM DD4R4 dalam dua slot DIMM. Tersedia dengan paparan FHD IPS 15.6 inci, pemain akan menghargai visual model ini. Peranti dengan refresh rate 144 Hz atau 120Hz 1 dan response time 3 ms menjadikan permainan bebas daripada lag di paparan 72% NTSC, 300-nit.

Acer Nitro 5 dilengkapi dengan beberapa penyelesaian inovatif untuk memaksimumkan kecekapan penyejukan walaupun di bawah beban berat. Ia menggunakan sistem pendinginan dual-fan untuk mencapai peningkatan 25% dalam prestasi berbanding model 2019. Ini dioptimumkan lagi oleh teknologi CoolBoost yang mampu meningkatkan kelajuan kipas sebanyak 10% dan penyejukan CPU / GPU sebanyak 9%. Baru ditambah ke model tahun ini, Intel Wi-Fi 6 AX201 (802.11ax) dan Killer Ethernet E2600 meningkatkan kestabilan dan prestasi rangkaian, untum membolehkan pemain memanfaatkan sepenuhnya prestasi Nitro 5.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk di atas, sila layari laman web rasmi mereka di sini.

Tags: AcerGamingLaptopNitro 5Predator Triton 500Produk
Previous Post

Gamers wanita pasti tergoda! ASUS ROG Mengumumkan Sizzling Electro Punk Gaming Laptop yang menarik!

Next Post

Diskaun BESAR untuk game-game baru PS4 seperti Borderlands 3 & STAR WARS Jedi: Fallen Order sempena Spring Sale!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Diskaun BESAR untuk game-game baru PS4 seperti Borderlands 3 & STAR WARS Jedi: Fallen Order sempena Spring Sale!

Diskaun BESAR untuk game-game baru PS4 seperti Borderlands 3 & STAR WARS Jedi: Fallen Order sempena Spring Sale!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd