Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Star Wars Jedi: Fallen Order – Pengalaman Jedi paling tulen oleh Respawn!

Peminat Star Wars pasti gembira dengan pelancaran judul baru ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Ulasan Star Wars Jedi: Fallen Order – Pengalaman Jedi paling tulen oleh Respawn!
Share on FacebookShare on Twitter

Pencinta Star Wars telah menaruh harapan tinggi untuk sebuah pengalaman Jedi yang tulen selama bertahun-tahun, dan akhirnya, kami dikurniakan satu permainan video yang bagus dari developer Titanfall dan Apex Legends, Respawn Entertainment. Diberi nama Star Wars Jedi: Fallen Order, ini adalah game action-adventure Star Wars terbaru yang berlangsung antara Revenge Of The Sith dan A New Hope. Saya sangat gembira untuk umumkan bahawa Fallen Order adalah sebuah permainan video Star Wars yang sangat menyeronokkan. Walaupun permainan mempunyai sistem pertempuran yang gempak, tumpuan lebih banyak diberi ketika meneroka planet-planet, menjelajah kawasan dan menyelesaikan teka-teki rumit.

Pemain bermain sebagai seorang Padawan bernama Cal Kestis, yang dilakonkan oleh Cameron Monaghan, dan harus melawat sejumlah makam lama yang terletak di sekitar galaksi. Dengan bekerjasama dengan sekumpulan watak unik dan droid kecil bernama BD-1, pemain perlu membongkarkan rahsia setiap makam. Selepas menyelesaikan jalan cerita utama untuk setiap planet, pemain akan mendapat kebolehan baru dan mengembangkan pemahaman mengenai jalan cerita permainan.

Terlalu banyak easter egg Star Wars untuk dicari jika pemain ingin sesuatu yang lebih mendalam. Peminat Star Wars Rebels dan The Clone Wars pasti akan jumpa rujukan yang mendalam, dan pencinta filem-filem utama juga akan menghargai usaha yang Respawn letakkan di dalam permainan.

Respawn juga telah menyesuaikan Fallen Order untuk pelbagai jenis gamer. Pertempuran, sebagai contoh, boleh diubah kepada empat tahap difficulty yang berbeza. Jika pemain ingin bermain permainan seperti Dark Souls, pemain pasti pilih yang paling susah kerana mereka tahu betapa ganasnya musuh dan betapa pentingnya untuk mengelak setiap serangan. Jika pemain lebih bersifat kasual, mereka boleh pilih difficulty yang lebih mudah. Ini memberi lebih banyak masa kepada pemain untuk menghalang serangan dan musuh pun lebih mudah. Mana-mana pun cara anda bermain, permainan masih akan terus mengajar pemain teknik baru sementara Cal belajar menggunakan Force dan mengasah kebolehannya.

Dalam perjalanan, pemain akan menguasai kemahiran lightsaber sambil menentang pelbagai jenis musuh; seperti Stormtroopers, di mana mereka dibahagikan kepada beberapa jenis dan boleh dikalahkan dengan cara unik yang berbeza; droid musuh yang muncul dari beberapa jenis filem; makhluk tempatan yang mengganas di setiap planet, termasuk beberapa raksasa yang saiznya sebesar planet itu sendiri; bounty hunter yang dilengkapkan dengan pelbagai jenis alat berkuasa; dan Inquisitors, tentera elit Empire yang dihantar untuk menangkap pemain.

Pemain juga akan bergantung pada peta holografik BD-1 yang menunjukkan jalan yang masih belum diterokai dan pintu mana yang pemain belum buka. Visual yang menarik akan membimbing pemain melalui planet-planet dalam permainan, dan membolehkan pemain untuk melihat item interaktif: objek akan bersinar biru jika pemain dapat menggerakkan atau menghancurkannya menggunakan Force, dan pemain akan belajar kenali tanda di dinding yang bermaksud boleh didaki atau berlari di-atasnya.

Salah satu perkara yang paling menarik tentang Fallen Order adalah bagaimana ia menceritakan sebuah kisah. Permainan video ini memberi kami banyak detik-detik yang penuh dengan emosi dan berjaya menyampaikan sebuah kisah yang intim menggunakan watak-watak yang baru.

Tabik hormat harus diberi kepada Respawn yang telah mengisi Fallen Order dengan pelbagai watak baru tetapi memberi jalan cerita yang membuatkan pemain ingin tahu lebih. Pelakon pula telah menjiwai watak dengan banyak karisma dan personaliti. Mudah-mudahan, kita tidak perlu menunggu lama untuk permainan video Star Wars cemerlang seterusnya. Star Wars Jedi: Fallen Order telah dikeluarkan untuk Windows, PlayStation 4, dan Xbox One pada 15 November 2019, dan boleh dimainkan sekarang! Selain itu, kami juga akan ada giveaway istimewa berkaitan permainan video ini. Harap peminat semua maklum! May the Force be with you!

The Review

Star Wars Jedi: Fallen Order

8 Score

Walaupun permainan mempunyai sistem pertempuran yang gempak, tumpuan banyak diberi ketika meneroka planet-planet, menjelajah kawasan dan menyelesaikan teka-teki rumit.

Review Breakdown

  • Pencinta filem-filem utama pasti akan menghargai usaha yang Respawn letakkan di dalam permainan. 0
Tags: Respawn Entertainmentsingle-playerstar warsStar Wars Jedi: Fallen Orderulasan
Previous Post

Bina Mecha sendiri dan berperang dalam dunia apokalips dengan permainan Mecha Knights: Nightmare, akan datang tahun 2020 di PC Steam!

Next Post

Black Friday telah tiba & berikut adalah GAME dengan diskaun di Google Play!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Black Friday telah tiba & berikut adalah GAME dengan diskaun di Google Play!

Black Friday telah tiba & berikut adalah GAME dengan diskaun di Google Play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd