Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon V-Pet Color — Kini Berwarna Warni & Ada Ciri Tambahan Moden!

Maira by Maira
May 23, 2023
in Artikel, Figura/barang koleksi, Produk, Review, Review Produk
0 0
0
Digimon V-Pet Color — Kini Berwarna Warni & Ada Ciri Tambahan Moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan pada tahun 2022, V-Pet Color akhirnya mendapat versi kemas kini terbaharu daripada Digimon V-Pet yang asal. Kalau anda ingin tahu, reka bentuknya sama seperti versi V-Pet yang lama tetapi ada beberapa tambahan moden baharu padanya. Jom kita lihat apa yang menarik untuk V-Pet Color dalam sesi unboxing kali ini.

Bersama kami adalah V-Pet Version 1, yang memaparkan Agumon dan Betamon, manakala Version 2 pula memaparkan Gabumon dan Elecmon. Mari kita lihat ciri-ciri yang ada padanya!

Skrin

Kalau nak dibandingkan dengan model lama, V-Pet baharu menggunakan skrin LCD color. Sprite Digimon kini hadir dengan warna lain dan bukan lagi dalam warna hitam dan putih. Ini antara tarikan untuk versi baharu V-Pet. Kami perasan juga bahawa sprite Gabumon yang dahulu kelihatan sangat berbeza dengan rekaan sebenar. Anda boleh melihat perbezaannya di bawah.

Sebagai tambahan kepada sprite berwarna itu, efek seperti projectile juga digambarkan dengan sangat baik serta terperinci. Ia sememangnya seronok untuk dilihat apabila menggunakannya.

Lebih menarik sekali, skrin LCD tersebut kelihatan seperti skrin model lama, ia mempunyai latar belakang yang sama dengan beberapa perubahan menarik. Perubahan yang kami maksudkan ialah, langitnya akan berubah mengikut masa dunia sebenar. Terdapat juga latar belakang statik kalau anda mahu latar belakang yang tidak berubah.

Menjaga Digimon

Untuk pengetahuan anda, objektif utama V-Pet ialah untuk anda menjaga Digimon anda sehingga dia bertukar. Antara benda utama yang anda perlu lakukan ialah:

  • Feed
  • Latihan
  • Battle
  • Toilet
  • Medicine

Ciri tambahan lain yang terdapat dalam V-Pet terbaharu ini ialah anda boleh memilih untuk battle Digimon lain yang tersedia, tetapi ianya terhad kepada Digimon yang ada dalam V-Pet tersebut. Bermakna kalau anda mempunyai V2, anda tidak boleh berlawan dengan Agumon mahupun Betamon. Cara lain yang anda boleh gunakan untuk melawan mereka ialah dengan menyambungkan dua V Pet versi baharu. Ianya tidak akan serasi dengan V-Pet yang asal.

Evolusi Digimon

Seperti versi original, Digimon anda mempunyai banyak cabang evolusi. Hasil evolusi bergantung kepada cara anda menjaga mereka. Bila dibandingkan dengan V-Pet asal, jumlah masa untuk Digimon evolusi telah dipendekkan malah anda boleh sahaja mendapat Digimon Ultimate pada penghujung minggu. Cuma kekurangannya, anda mungkin susah untuk mendapatkan bentuk Digimon tertentu. Kalau anda silap sedikit sahaja semasa menjaga mereka, berkemungkinan besar evolusi seterusnya membawa ke Digimon lain.

Tanpa ciri seperti reset jam, memang banyak kerja juga untuk dapatkan Digimon yang anda inginkan. Nasib baik syarat evolusi untuk Champion tidak perlu dibimbangkan. Untuk Champion dan Mega, mereka hanya perlu lakukan banyak battle.

Pilihan mega agak terhad dalam V1. Ia hanya mempunyai Blitzgreymon, Shin Monzaemon dan Banchomamemon, manakala V2 mempunyai Cresgarurumon, Skulmammon dan Ebemon. Ia juga memaparkan Jogress evolution iaitu Omegamon atau Omnimon. Anda hanya boleh mendapatkannya apabila battle dengan V-Pet lain yang mempunyai bahagian Jogress anda yang lain. Jadi ia agak senang untuk dikumpul.

Tidak semua Mega mempunyai kuasa yang sama. Cresgarurumon dan Banchomamemon boleh dikatakan paling lemah di antara Mega yang lain. Jadi kalau anda inginkan Digimon yang kuat, lebih baik elakkan daripada mendapatkan Digimon ini.

Ciri Quality-of-life

QoL untuk V-Pet Color sangat membantu untuk peminat Digimon yang sibuk. Antaranya ialah standby mode, di mana anda boleh menghentikan Digimon anda. Jadi mereka tidak akan berasa lapar, mengantuk dan sebagainya. Mode ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk menjaga Digimon mereka sepanjang hari.

Selain itu, terdapat storage mode, di mana Digimon akan masuk ke dalam folder, lalu membolehkan anda untuk memulakan Digimon baharu. Ini memberikan anda pilihan untuk kembali ke Digimon lama kemudian. Lebih penting sekali, V-Pet baharu kini boleh menggunakan USB-C kabel untuk mengecasnya. Jadi anda tidak perlu susah-susah mencari kabel lain untuk mengecasnya nanti.

Kekurangan

Pengalaman menggunakan V-Pet Color ini keseluruhannya baik sahaja, cuma ada beberapa kekurangan bagi kami. Antaranya ialah barisan Digimon yang tersedia. Seperti yang anda tahu, terdapat banyak Digimon yang telah dilepaskan sejak V-Pet yang asal. Jadi penggunaan Digimon yang sama serta 3 Ultimate dan Mega sahaja membuatkan kami kecewa.

Digimon juga susah untuk dikumpul kesemuanya melainkan anda betul-betul mengikut cara yang betul untuk evolusi tertentu. Kesalahan yang kecil akan membawakan anda ke evolusi digimon yang lain. Sabar sahajalah. Masalah kecil yang lain pula, ia mempunyai speaker yang kuat. Jadi kalau anda ingin menggunakannya di tempat awam, kenalah perlahankan bunyinya.

Kesimpulan

Sebagai seseorang yang sukakan V-Pet yang asal, versi baharu ini kelihatan sangat sama seperti versi dahulu. Ciri QoL mungkin tidak begitu ketara tetapi apabila bermainnya, anda mesti terfikir bahawa versi lama mempunyai ciri yang sama. Digimon juga mempunyai peluang untuk dilahirkan semula dengan sifat tertentu, bermakna mereka akan mendapat lebih kuasa apabila dilahirkan semula.

Satu-satunya kelemahan adalah juga kekuatan terbesarnya – kuasa nostalgia. Mungkin ada yang suka melihat Digimon lama tetapi teringin juga untuk melihat Digimon yang lebih baharu dan hebat di dalamnya. Tetapi kalau anda memang peminat kepada V-Pet yang asal dan inginkan perasaan nostalgia itu, bolehlah dapatkan V-Pet Color ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: digimonDigimon V-Pet Color
ShareTweetSend
Previous Post

Demon Slayer: Bagaimana Tanjiro Mendapat Demon Slayer Mark pada Dahinya

Next Post

One Piece: Imu akhirnya muncul, pemimpin sebenar World Government!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
One Piece: Imu akhirnya muncul, pemimpin sebenar World Government!

One Piece: Imu akhirnya muncul, pemimpin sebenar World Government!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd