Selain daripada Pokemon, Digimon juga mempunyai game kad tersendiri yang dipanggil Digimon Card Game. Kalau anda ingin tahu, akan ada projek baru yang melibatkan Digimon Card Game pada tahun 2024. Perkara tersebut telah pun diacah semasa live stream. Anda boleh lihat teaser projek tersebut di bawah.
Kalau lihat pada teaser tersebut, ada beberapa petunjuk yang diberikan berkenaan projek baru tersebut. Sebagai contoh perkataan seperti “Metaverse” dan “For Freedom” telah ditayangkan termasuklah watak Digimon baharu pada visualnya.
Buat masa ini, tidak banyak yang didedahkan mengenai projek ini. Nama rasmi projek juga masih lagi dirahsiakan oleh Bandai. Nampaknya kita kenalah tunggu pengumuman rasmi yang baru nanti.

Tentang Digimon Card Game
Ia merupakan Trading Card Game yang kompetitif. Setiap pemain mempunyai teman Digimon di kawasan pertempuran untuk menyerang pihak lawan. Digimon anda evolve, menjadi lebih kuat dan memperoleh kuasa baharu! Anda menang dengan menewaskan keselamatan lawan anda (mengurangkan kad Security Area lawan anda kepada sifar) dan memberikan serangan kalah mati!

Agaknya apalah projek baru tersebut? Reka bentuk Digimon baru itu juga agak menarik. Tidak sabar pula untuk menunggu pengumuman lanjut mengenainya pada Disember ini. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Digimon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post