Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Sweet Home’ Season 2 Akan Mula Tayangan Pada 1 Disember!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
‘Sweet Home’ Season 2 Akan Mula Tayangan Pada 1 Disember!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menawan hati penonton di seluruh dunia sebagai siri K-creature pertama, Sweet Home akan kembali untuk Season 2 pada 1 Disember di Netflix. Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baru yang anda boleh tonton di bawah:

Diadaptasi daripada webtoon popular dengan nama yang sama, Sweet Home membuat debut global pada Disember 2020. Musim pertama menceritakan tentang Cha Hyun-su (Song Kang), seorang pelajar sekolah menengah yang berpindah ke pangsapuri bernama Green Home. Semasa menghadapi krisis di mana manusia berubah menjadi raksasa yang mencerminkan keinginan rahsia mereka, Hyun-su harus berdepan dengan bahaya di setiap sudut untuk menyelamatkan orang lain.

Kredit: Netflix

Sweet Home Season 2 pula berlaku di stadium besbol lama, yang berfungsi sebagai fokus utama untuk musim akan datang. Watak-watak utama telah meninggalkan Green Home, dan terpaksa meneroka dunia luar. Mereka yang terselamat telah berkumpul di stadium itu dan membina komuniti, tetapi mereka masih tidak boleh melepaskan diri.

Kredit: Netflix

Song Kang kembali sebagai Hyun-su, yang dibawa ke lokasi misteri dan terkurung di dalam sangkar. Diawasi oleh seseorang yang “sudah lama menunggunya”, Hyun-su bertanya apa yang perlu dia lakukan. Ketika ini, mangsa yang terselamat harus menghadapai ancaman kumpulan raksasa yang mengamuk, jadi apakah yang boleh Hyun-su lakukan? Adakah dia benar-benar wira yang boleh menyelamatkan semua orang dari mimpi ngeri ini?

Kredit: Netflix

Memandangkan naratif live-action telah jauh terpesong daripada sumber webtoon, pengarah Lee Eung-bok berkata:

“Ia akan menjadi drama apokaliptik sepenuhnya. Walaupun Season 1 menggambarkan tensuon dan ketakutan di ruang terkurung Green Home, Season 2 akan berlangsung di ruang terbuka dengan kumpulan watak dan raksasa baharu.”

Pelakon Lee Jin-uk pun menegaskan fakta ini:

“Musim ini akan menampilkan dunia yang menyimpang daripada webtoon original. Apabila dunia berkembang, akan ada lebih banyak perkara yang perlu difikirkan.”

Pelakon Lee Si-young menjelaskan:

“Dunia yang sangat luas sedang menanti watak-watak selepas mereka meninggalkan Green Home. Semua orang akan melalui perubahan besar.”

Drama ini akan dibintangi oleh Song Kang, Lee Jin-wuk, Lee Si-young, Ko Min-si, Jung Jin-young, Yoo Oh-seong, Oh Jung-se, Kim Moo-yeol, Park Gyu-young


Sekali lagi saya ingatkan, ‘Sweet Home’ Season 2 akan ditayangkan pada 1 Disember, hanya di Netflix. Dapatkan segala berita kami tentang siri ini di SINI!

Tags: dramanetflixSweet HomeSweet Home' Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: Phantom Parade Bakal Lancar Hujung November Ini!

Next Post

Digimon Card Game Acah Projek Baharu, Bakal Hadir pada 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Digimon Card Game Acah Projek Baharu, Bakal Hadir pada 2024!

Digimon Card Game Acah Projek Baharu, Bakal Hadir pada 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd