Semasa menonton anime, kita jarang melihat ibu bapa kepada watak-watak yang muncul dalam cerita. Apabila mereka muncul, kemunculan itu pasti ada perkara yang tidak baik akan berlaku. Jangan risau bukan semua ibu bapa ini jahat, contoh seperti Maes Hughes dari Fullmetal Alchemist yang sering melindungi anak mereka dengan kasih sayang dan mendidik mereka dengan cara yang betul. Tetapi ada sebilangan ayah kepada watak-watak anime ini tidak layak dipanggil seorang bapa dan mendapat gelaran bapa terburuk anime. Mari saya perkenalkan beberapa watak yang tidak layak digelar bapa.
Son Goku – Dragon Ball Z
Dragon Ball Z adalah siri anime yang sangat popular. Pertarungan epik, kebolehan hebat dan jalan cerita yang cukup hebat. Goku telah menyelamatkan dunia berkali-kali tetapi ini tidak menjadikannya ayah terhebat di dunia. Goku mula melatih anaknya, Gohan pada usia empat tahun yang memberikan tekanan kepada fizikal dan mental yang luar biasa pada tubuh kecilnya. Goku telah meletakkan Gohan dalam keadaan berbahaya untuk tujuan menjadikannya menjadi kuat dan belajar untuk suka bertarung. Dia juga sanggup memberikan Cell “senzu bean” supaya pertarungan menjadi adil ketika berlawan dengan Gohan. Goku memang sayang kepada keluarganya dengan caranya sendiri, tetapi kerana dia mati banyak kali dan sering berlatih, Gohan dibesarkan tanpa ayah kandungnya hampir sepanjang masa.
Dario Brando – Jojo’s Bizarre Adventure
Siapa tak kenal Dio Brando, antagonis dalam Jojo’s Bizarre Adventure. Pada mulanya Dio dilihat seperti budak yang nakal tetapi ada sebab kenapa dia berpelakuan begitu. Kita boleh salahkan Dario Brando iaitu bapa kepada Dio. Dia merupakan seorang suka berjudi, alkoholik malah seorang pendera pada Dio dan juga isterinya. Dalam episode pertama Jojo, kita dapat lihat Dario ingin mencuri harta daripada George Joestar, ayah Jonathan Joestar. Tetapi kerana ada salah faham antara mereka, George fikir bahawa Dario ingin menyelamatkan nyawanya. Salah faham itulah yang membawa Dio memasuki keluarga Joestar setelah Dario meninggal.
Kazekage Rasa – Naruto Shippuden
Sebaik sahaja anaknya, Gaara, dilahirkan, Rasa meletakkan Shukaku (one-tail beast) di dalam diri Gaara untuk menjadikannya seorang Jinchūriki. Sebelum Gaara berusia belasan tahun, Rasa telah berusaha membunuhnya beberapa kali. Termasuklah menggunakan pakcik kesayangan Gaara, Yashamaru. Dia juga meminta Yashamaru untuk memberitahu anaknya bahawa dia atau ibu Gaara tidak pernah menyayanginya. Inilah yang membuatkan Gaara menjadi pembunuh tidak berhati perut pada mulanya.
Grisha Yeager – Attack on Titan
Seperti watak-watak lain dalam Attack on Titan, Grisha Yeager tidak sepenuhnya baik atau buruk. Sebenarnya, dia mempunyai latar belakang yang agak rumit. Namun, ia tetap tidak menghalangnya menjadi bapa yang teruk kepada anak pertamanya, Zeke. Dia seorang yang sangat obses untuk menjatuhkan Marley dan membangkitkan Eldia. Grisha telah mengabaikan Zeke secara emosional dan memaksanya untuk menjadi pejuang. Dia juga tidak teragak-agak untuk menggunakan anaknya seperti alat untuk para pemulih Eldia. Bukan itu sahaja, Grisha juga merosakkan hidup anak keduanya, Eren dengan menjadikannya Titan. Grisha sanggup membuatkan Eren untuk memakannya, menjadikan Eren mampu hidup untuk lapan tahun sahaja.
Shou Tucker – Fullmetal Alchemist Brotherhood
Sehingga kini, ramai yang trauma dengan adegan dalam episod 4 Fullmetal Alchemist Brotherhood. Inilah episod di mana adik beradik Elric bertemu dengan keluarga Tucker. Shou Tucker, seorang alchemy merupakan ayah kepada Nina, anak perempuannya. Shou pada awalnya nampak seperti bapa penyayang terhadap anaknya. Tetapi dia bukan seperti yang disangka apabila dia mencipta Chimera menggunakan anak perempuannya sendiri dan anjing peliharaan mereka. Dia mula membuat eksperimen ini setelah diugut oleh State apabila dia tidak mencapai kejayaan dalam kerja yang dilakukannya.
Tokiomi Tohsaka – Fate/Zero
Tokiomi Tohsaka merupakan bapa kepada Rin dan Sakura, iaitu heroin dalam Fate/Stay Night. Tokiomi dilihat seperti bapa, suami dan guru yang baik dan bagus. Tetapi disebalik kebaikkan itu, Tokiomi sanggup memberikan anaknya, Sakura kepada keluarga Matou daripada melatihnya magis bersama Rin. Dia telah didera dengan teruk semasa tinggal bersama keluarga itu. Lebih teruk lagi, Sakura telah dibaling ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan cacing parasit yang kononnya dianggap sebagai latihan magis. Keputusan yang dibuat oleh Tokiomi itu memang membuatkan peminat benci kepadanya.
Gendo Ikari – Neon Genesis Evangelion
Rata-rata semua peminat Evangelion tau bagaimana layanan Gendo terhadap anaknya, Shinji. Ini kerana Gendo hanya sayang kepada isterinya sahaja. Dia memanggil Shinji untuk berjumpanya hanya kerana ingin anaknya itu memandu robot Evagelion milik NERV. Walaupun Shinji telah lalui pelbagai peristiwa yang sangat traumatik semasa menjadi pemandu Eva, Gendo tidak pernah peduli dengan keadaan anaknya itu. Kita boleh lihat bagaimana dia melihat dan menggunakan shinji seperti objek dan bukan seperti darah dagingnya sendiri.
Charles Zi Britannia – Code Geass
Charles Zi Britannia bukan sahaja diktator yang teruk, malah dia juga melayan anak-anaknya dengan buruk. Dia memiliki kepercayaan kuat bahawa mereka yang lemah perlu diketepikan untuk orang yang kuat. Ini yang menyebabkannya suka melaga-lagakan anaknya. Ia merupakan perkara yang menyeronokkan untuk ditonton. Kepercayaan itu jugalah yang membuatkan Charles menjauhkan dirinya dari anak perempuannya, Nunnally, setelah dia menjadi lumpuh dan buta. Apabila Lelouch, anak lelakinya memprotes untuk adiknya, Charles tidak mengaku mereka berdua adalah anaknya.
Endeavor – My Hero Academia
Walaupun musim keempat My Hero Academia perlahan-lahan menebus kelakuan Endeavour, ia tidak menghilangkan bahawa dia seorang ayah yang jahat. Dia sangat obses untuk menjadi hero yang terbaik dan melihat anak-anaknya sebagai batu loncatan untuk memenuhi cita-citanya. Dia telah mengabaikan anaknya yang lain dan hanya menumpukan perhatian kepada Shoto yang memiliki kedua kuasa ibunya dan dia. Bukan setakat itu sahaja, Endeavour melatih Shoto dengan kejam menyebabkannya muntah semasa latihan. Dia juga melakukan kekerasan kepada isterinya, menyebabkannya mengalami gangguan mental dan tanpa sengaja mencederakan Shoto. Apabila Endeavour mendapat tau mengenai kejadian itu, dia telah memukul isterinya sehingga terpaksa tinggal di hospital untuk menerima rawatan.
Gambino – Berserk
Gambino merupakan bapa angkat kepada Guts, protagonis Berserk. Dia telah menemui Guts apabila dilahirkan dari mayat. Mempercayai Guts sebagai petanda buruk dalam hidupnya, Guts telah disalahkan kerana kematian kekasihnya, Shisu yang pada hakikatnya mati kerana wabak. Guts membesar dengan keganasan yang dilakukan olehnya, malah disewa kepada pedofil untuk mendapatkan keuntungan. Dia juga dipaksa untuk menjadi anggota askar kanak-kanak. Tidak hairanlah apabila Guts membunuh Gambino untuk mempertahankan dirinya setelah seksaan yang dialaminya.
Ini hanya sebahagian daripada bapa paling teruk dalam anime yang sering dikatakan. Membaca perkara yang dilakukan mereka terhadap anak mereka memang membuatkan kita berasa marah dan ada juga trauma. Kami juga ada senaraikan anime sukan dan anime harem untuk anda tonton. Untuk melihat liputan kami mengenai anime, anda boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post