Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Devil May Cry: Peak of Combat Bakal Lancar di Malaysia Pada April 2024!

Maira by Maira
March 14, 2024
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Devil May Cry: Peak of Combat Bakal Lancar di Malaysia Pada April 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sekian lama game ini dilancarkan pada mobile di negara lain, akhirnya Devil May Cry: Peak of Combat akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Diumumkan oleh NebulaJoy, game mobile daripada francais popular ini akan dapat dimainkan pada 11 April 2024!

Sumber: NebulaJoy

Buat masa ini, pra-pendaftaran masih lagi berlangsung untuk anda yang ingin mainkannya nanti. Buat anda yang masih belum pra-daftar, bolehlah ke Google Play atau App Store sekarang untuk mendaftar. Terdapat beberapa ganjaran yang boleh anda dapatkan apabila game ini dilancarkan pada April nanti.

Sumber: NebulaJoy

Dalam Devil May Cry: Peak of Combat yang penuh aksi ini, pemain boleh alami sendiri kemahiran dan aksi tulen daripada watak ikonik seperti Dante, Vergil, Lady dan Nero. Pedang Yamato, dan senjata terkenal lain juga dipaparkan dengan setia dalam game ini. Sebagai contoh, kemahiran signature Vergil “Judgement Cut” dan “Stinger” Dante dan “Red Queen” Nero telah dikekalkan sambil memastikan keadaan lancar pada peranti mobile, membolehkan pemain menikmati game secara bebas pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Sumber: NebulaJoy

Game ini mengembalikan mod “Bloody Palace”, di mana kekuatan pemain akan diuji dalam pertempuran berterusan. Bukan setakat itu sahaja, game ini juga akan memperkenalkan cerita original, memberikan pemain pengalaman game yang benar-benar baru.

Sebagai tambahan, game ini juga memperkenalkan elemen gameplay baru. Dalam “PvP mode”, pemain akan memilih watak kegemaran mereka dan diselesaikan berdasarkan kebolehan individu. Tiada elemen pembangunan watak; kemenangan bergantung sepenuhnya pada skill kombo yang anda lakukan. Dalam “Co-op mode”, pemain boleh bekerjasama untuk menempuh musuh yang berkuasa, mengalami pertempuran hangat bersama-sama rakan.

Sumber: NebulaJoy

Jadi buat anda yang ingin alami segala perkara di atas, cepat-cepat pra-daftar game sekarang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Devil May Cry daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Devil May CryDevil May Cry: Peak of Combat
ShareTweetSend
Previous Post

Infinix NOTE 40 Series Bakal Hadir Dengan Speaker JBL! Bakal Lancar 18 Mac Ini!

Next Post

Asus TUF Gaming F16 (2024) Review — Hadir Dengan Hardware Baharu, Mengekalkan Rupa Jenama!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Asus TUF Gaming F16 (2024) Review — Hadir Dengan Hardware Baharu, Mengekalkan Rupa Jenama!

Asus TUF Gaming F16 (2024) Review -- Hadir Dengan Hardware Baharu, Mengekalkan Rupa Jenama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd