Nampak gayanya, Nintendo Switch ialah tempat paling perfect untuk para hacker, sejak Linux dengan berjayanya telah di-install pada konsol Switch tahun lepas. Selanjutnya, seorang insan lain kini telah berjaya untuk mendapatakan Microsoft Windows 10 ARM berfungsi di Switch, walaupun terdapat beberapa masalah sini sana. Berikut adalah video OS Linux di Switch.
Install sebuah operating system (OS) di Nintendo Switch kini lebih senang kerana terdapat satu eksploitasi di boot code processor Nvidia Tegra yang original. Ini membolehkan pengguna memintas lapisan sekuriti di Switch. Sudah tentu, ada limitasi dengan hardware tersebut yang membuat Windows 10 Home dan Pro lebih sukar untuk install.
Kecuali versi ringan ARM. ARM mampu di-install di Switch dengan sempruna mengikut kata pengguna Twitter Imbushuo. Sering dikenali sebagai Ben, Imbushuo terkenal untuk bantu mengetuai pasukan yang bawa Windows 10 ARM di Lumia 950 dan Raspberry Pi 3, sebelum kini bekerja solo untuk install OS ini di Nintendo Switch.
Hey Windows team / Nintendo, you know how to fix this right? 😜 pic.twitter.com/KmeneIT9eh
— Ben | imbushuo (@imbushuo) March 3, 2019
Ben menunjukkan pencapaian ini ketika mereka meminta pasukan Windows dan Nintendo untuk bantuk baiki kes lazim Blue Screen of Death (BSoD), sebuah mesej recovery dipenuhi di skrin warna biru yang sering berlaku apabila operating system berjumpa dengan error. Sebahagian daripada masalah yang menimbul isu ini ialah Windows 10 ARM direka dengan processor ARM berdasarkan Intel. Ini bermaksud Tegra harus meniru processor saingannya
Some more work to do (primarily memory regions fix) pic.twitter.com/vkJhv4XjKw
— Ben | imbushuo (@imbushuo) March 3, 2019
Buat masa ini, ada beberapa perkara yang Ben harus lakukan agar OS ini boleh berfungsi dengan elok. Pertama sekali ialah, membaiki area memorinya dahulu. Masih jauh lagi perjalanan untuk Windows 10 berdaya maju di Nintendo Switch, tetapi tujuannya amat jelas kerana kebolehan Switch untuk dock dan projek ke atas skrin yang lebih besar.
Sesiapa yang rasa nak modify Switch dia harus ingat untuk mengambil langkah-langkah berjaga. Dan ingat ya, segala warranty telah void ya jika korang cuba nak modify. Jadi apa pendapat korang tentang hal ni?
Sumber – Windows Latest
@gamersantaimy
Discussion about this post