Death Stranding adalah game arahan pertama pengarah studio terkenal Kojima Productions, iaitu Hideo Kojima selepas beliau keluar dari Konami. Dalam temubual dengan laman web Jepun, J-Wave, Kojima menyatakan bahawa disebabkan oleh proses penyesuaian diri dan playtesting untuk Death Stranding, projek itu akan berada sedikit lambat berbanding jadual yang telah ditetapkan.
J-Wave: Peminat serata dunia mengharapkan release date untuk game terbaru, iaitu Death Standing yang dikendalikan oleh Kojima. Sejauh manakah produksi sekarang?
Kojima: Jalan cerita dan design dari awal hingga akhir masih belum berada di adjustment level walaupun telah siap disusun disebabkan game ini berunsurkan open world. Mengenai release date, banyak studio yang masih jauh di belakang jadual ditetapkan untuk tarikh pengeluaran game. Jadi, Death Stranding juga sebenarnya sedikit tertangguh dari jadual, tapi progress masih terus berjalan seperti biasa.
Beliau juga berkata disebabkan tarikh pengeluaran untuk game ini sudah pun ada, beliau akan cuba untuk menetapkan matlamat serta mengutamakan game ini. Tambahnya lagi, kerana sudah terbiasa dengan tiada jadual untuk tarikh pengeluaran, beliau akan sedaya upaya untuk menepati jadual tersebut. Tetapi beliau juga berkata sekiranya game ini terlepas tarikh pengeluaran, beliau tidak patut dipersalahkan.
Death Stranding ialah anak sulung Kojima Productions, jadi tidak hairanlah game ini mengambil masa yang lama sebelum ia betul-betul boleh dimainkan umum. Malah, banyak game-game besar lain yang pernah ditangguhkan. Apa-apa pun yang berlaku, harap bila game tu keluar takde masalah besar dan kita tunggu je pengumuman akan datang!
Sumber: J-Wave
@gamersantaimy
Discussion about this post