Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Detective Conan: Zero’s Tea Time akan tiba di Netflix pada 29 Julai 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Detective Conan: Zero’s Tea Time akan tiba di Netflix pada 29 Julai 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Detective Conan adalah salah satu francais anime paling ikonik di seluruh dunia sehingga dapat menghasilkan pelbagai spin-off berkisahkan watak-watak berbeza. Berita baik buat peminat anime kerana salah satu spin-off itu, berjudul Detective Conan: Zero’s Tea Time yang memfokuskan pada Rei Furuya, akan disiarkan di Netflix pada hujung bulan ini!

Korang boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran umum:

Secara lebih khusus, anime Zero’s Tea Time akan ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia melalui Netflix pada 29 Julai 2022. Anime ini sudahpun disiarkan di Jepun di mana mereka harus menunggu setiap minggu untuk episod baru, tetapi untuk pemilik Netflix, setiap episod Detective Conan: Zero’s Tea Time (Musim 1) adalah tersedia untuk ditonton.

Siri ini dianimasikan oleh Shogakukan, studio sama yang menguruskan Inuyasha, Mob Psycho 100, Kengan Ashura, dan banyak lagi! Majoriti pelakon suara pun datang daripada anime utama Detective Conan, termasuk:

  • Toru Furuya sebagai Tooru Amuro
  • Mikiko Enomoto sebagai Azusa Enomoto
  • Asako Dodo sebagai Midori Kuriyama
  • Nobuo Tobita sebagai Yuya Kazami

Sebagai spin-off kepada manga original Detective Conan, Detective Conan: Zero’s Tea Time mengisahkan tentang:

Toru Amuro, yang juga dikenali sebagai Rei Furuya, mempunyai tiga persona. Dia adalah seorang ejen daripada “National Police Agency Security Bureau Security Planning, Chiyoda Division”, menyamar diri sebagai ahli Black Organization untuk cuba menyelesaikan jenayah dan juga bekerja sebagai pelayan di Cafe Poirot.

Siri ini mengisahkan bagaimana dia cuba mengimbangi semua kehidupannya sambil memastikan identiti sebenar tidak didedahkan tanpa menimbulkan kacau pada kes.

Jika korang adalah peminat Detective Conan, pastikan diri tidak terlepas Detective Conan: Zero’s Tea Time di Netflix pada 29 Julai 2022!

Untuk segala liputan kami tentang siri Netflix, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDetective ConanDetective Conan: Zero’s Tea Timenetflix
Previous Post

Mampukah PC anda main Spider-Man Remastered? Info spec penuh & ciri penting

Next Post

Netflix akan datang dengan harga murah tetapi ada iklan, bakal lancar 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Netflix akan datang dengan harga murah tetapi ada iklan, bakal lancar 2023!

Netflix akan datang dengan harga murah tetapi ada iklan, bakal lancar 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd