Kimetsu no Yaiba kembali dengan game baharu! SEGA telah mengumumkan game baharu anime tersebut bertajuk Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! Game tersebut dihasilkan oleh Aniplex dan merupakan game konsol kedua yang berlaku dalam dunia Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Game tersebut akan dilancarkan pada 2024 di Nintendo Switch.
Kalau anda ingin tahu, Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! merupakan sebuah board game yang boleh dimainkan sehingga empat orang pemain secara lokal ataupun dalam talian.
Kembali ke dunia Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dalam pengembaraan tabletop digital!
Lokasi terkenal daripada anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, seperti Mount Fujikasane dan Asakusa, akan muncul pada papan!
Game ini mempunyai sistem siang dan malam, dan petak akan berubah berdasarkan masa. Pada siang hari, baling dadu untuk bergerak melintasi papan, melengkapkan acara dan game mini sambil bersedia untuk waktu malam. Apabila waktu malam bermula, jadi Demon Slayer terbaik daripada rakan-rakan anda dengan memburu seberapa banyak demon yang muncul.

Barisan watak yang banyak untuk dipilih! Hashira juga ada!
Watak yang boleh dimainkan dalam game ini termasuklah Tanjiro Kamado, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibira dan Nine Hashira. Memandangkan Nezuko Kamado tidak dapat berada semasa siang hari, dia akan muncul sebagai watak sokongan yang akan membantu pemain. Watak lain dari Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba juga akan muncul dalam acara dan tempat lain.

Pelbagai game mini untuk dicuba!
Pemain akan mengambil bahagian dalam beberapa game mini, daripada 4 pemain free-for-all hingga pertempuran berpasukan 2 lawan 2. Pada waktu malam, demon—termasuk musuh yang kuat seperti Teoni akan muncul di beberapa petak, membolehkan anda mencabar mereka dalam game mini berasaskan pertempuran. Goncang Joy-Con anda dan hadapi mereka sebagai pasukan 4 pemain.

Buat masa ini, game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- Sweep the Board! masih dalam pembangunan. Nantikan kemas kini lanjut mengenainya pada masa depan! Untuk mendapatkan berita lain mengenai Demon Slayer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post