Cyberpunk 2077 menggantikan pengarah permainan untuk betulkan keadaan semula!

Cyberpunk 2077 mempunyai permulaan yang sangat bermasalah ketika pertama kali dilancarkan. Sejak itu, CD Projekt Red berusaha keras untuk memperbaiki semua masalah teknikal yang masih wujud dalam permainan. Kini, CD Projekt Red telah melantik pengarah permainan baru untuk betulkan masalah Cyberpunk 2077!

Gabriel Amatangelo
Menurut GamesIndustry.biz, CD Projekt Red telah menugaskan Gabriel Amatangelo sebagai pengarah permainan baru Cyberpunk 2077, di mana bekas pengarah Mateusz Tomaszkiewicz mengundurkan diri dari posisi dan meninggalkan studio. Walaupun berita tersebut mungkin mengejutkan ramai peminat, ini sebenarnya dapat membantu memajukan Cyberpunk 2077 ke arah yang lebih positif.

Pada masa lalu, Gabriel Amatangelo telah menghasilkan banyak expansion besar untuk permainan terkenal seperti Dragon Age: Inquisition dan Star Wars: The Old Republic. Memandangkan sebahagian besar masalah Cyberpunk 2077 melibatkan pembetulan teknikal dan langkah seterusnya adalah untuk sebuah DLC expansion, mereka boleh memanfaatkan ilmu Amatangelo yang berpengalaman bekerja dalam aspek expansion besar.

Walau apa pun, Cyberpunk 2077 masih belum cukup sempurna untuk di label “optimal” di semua platform. Sehingga sekarang, Cyberpunk 2077 masih “crash” secara konsisten di PS4, walaupun sudah menerapkan pelbagai kemas kini dan penambahbaikan baru.

Ramai dalam komuniti permainan merasakan bahawa permainan tidak akan pernah mencapai jangkaan yang diharapkan oleh peminat dahulu kala, tetapi mungkin kita cakap terlalu awal. Lebih baik kita beri peluang kepada pengarah baru ini dan lihat bagaimana dia betulkan keadaan Cyberpunk 2077.

Cyberpunk 2077 kini tersedia untuk PC, PS4, dan Xbox One. Versi PS5 dan Xbox Series X dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamesIndustry.biz

Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.