Baru-baru ini, studio 3D Clouds dan penerbit, Outright Games telah mendedahkan butiran pertama mengenai Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r. Game baru ini berdasarkan siri animasi Netflix, Fast & Furious: Spy Racers dan ia membawa genre interactive-adventure-online menurut Australian Game Rating Board.
Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r akan tersedia untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC pada bulan November nanti. Game ini menawarkan pengalaman perlumbaan online seramai enam pemain yang diinspirasikan dari animasi Netflix, Rise of SH1fT3R, dimana pasukan Spy Racer akan menghalang kumpulan SH1FT3R dari memenangi “cutting-edge vehicle”.
Selain itu, pemain boleh bermain dengan watak hero seperti Tony Toretto, Echo, Cisco, Layla Gray dan mencuba kumpulan SH1FT3R, iaitu Shashi Dar, Moray serta Rafaela Moreno. Dalam mod local co-op, multiplayer, dan single-player, anda boleh menggunakan spy gear dan membuat penyesuaian pada kereta untuk jadikannya lagi hebat semasa berlumba di lima lokasi seperti Los Angeles, Rio de Janeiro dan Sahara Desert.
Tambahan pula, game ini akan mengikuti dari tajuk siri racing Fast & Furious sebelum ini, iaitu Fast & Furious: Crossroads yang dilancarkan pada tahun lalu. Namun game tersebut gagal mendapat perhatian dari ramai pemain serta telah menerima banyak review yang teruk. Jadi Crossroads boleh dikatakan sebagai game yang tidak berjaya.
Fast & Furious: Spy Racers telah ditayangkan di Netflix pada akhir 2019, dengan bintang francais Vin Diesel menjadi eksekutif produser dan memegang watak abang sulung kepada Tony Toretto, iaitu protagonis siri ini. Spy Racers mengisahkan tentang sekumpulan pelumba kereta remaja yang berjaya memasuki organisasi jenayah perlumbaan dan ia mempunyai 30 episode dalam empat musim berbeza serta akan muncul musim kelima tidak lama lagi.
Nampaknya Fast & Furious: Spy Racers Rise of Sh1ft3r akan menjadi menarik untuk peminat francais Fast & Furious mencuba benda baru dalam game tersebut. Apa-apa nanti kami akan update kepada anda semua mengenai perkembangan game ini.
Sumber: ScreenRant
@gamersantaimy
Discussion about this post