Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

CODE VEIN II – Peranan Sebenar Expansion Mask of Idris Dalam Dunia Permainan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, PC, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
CODE VEIN II – Peranan Sebenar Expansion Mask of Idris Dalam Dunia Permainan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran CODE VEIN II, para pemain mendapati diri mereka membongkar garis masa yang berpecah-belah… dibentuk oleh sejarah purba dan pilihan-pilihan penting mereka sendiri.

Melalui expansion Mask of Idris akan datang, pihak Bandai Namco telah membongkarkan serba sedikit tentang sudut-sudut yang dilupakan dalam alam tersebut.

Dalam satu temu bual, Produser Keita Iizuka dan Pengarah Hiroshi Yoshimura berkongsi pandangan bagaimana DLC ini tercipta, serta kandungan baharu yang menanti para pemain.

Peranan Cerita, dan Status Pengakhiran ‘Canon’

Daripada menamatkan saga utama atau menjadi batu loncatan untuk sekuel masa hadapan, Mask of Idris memfokuskan cerita kepada “meneroka kesan kerosakan tersembunyi akibat garis masa yang telah musnah”.

Produser Keita Iizuka menjelaskan bahawa naratif ini berlatarkan dunia-dunia yang lenyap apabila sejarah ditulis semula sepanjang bermain… sebahagiannya diubah oleh tangan pemain sendiri, manakala sebahagian lagi telah berubah sejak zaman purba akibat sejarah lampau dunia tersebut.

“Sebaliknya, ia meneroka idea bahawa di sebalik kisah yang berlaku dalam game utama, mungkin ada peristiwa lain dan dunia-dunia yang hilang di luar pandangan kita,” jelas Iizuka.

Berdasarkan pendekatan ini, expansion tersebut tidak berfungsi sebagai penamat mutlak mahupun teaser untuk game seterusnya, sebaliknya sebagai pelengkap yang direka bagi memperkayakan naratif sedia ada.

“Dari sudut itu, game utama dan DLC ini saling melengkapi antara satu sama lain. Mengalami kedua-duanya akan menggandakan penghayatan anda terhadap dunia serta ceritanya.”

Untuk mengakses expansion ini, pemain perlu mencapai ending “Luna Fraterna”, namun Iizuka menegaskan bahawa syarat ini tidak menjadikannya satu-satunya penamat rasmi (canon) atau kesimpulan yang “betul” bagi game utama.

Selain itu, jika campaign utama dipenuhi pelbagai cabang pilihan, Mask of Idris pula membawa kisah tersendiri yang lebih fokus dengan hanya satu penamat.

Pengarah Hiroshi Yoshimura menambah bahawa DLC ini memberi peluang penting untuk mendalami emosi yang membentuk latar belakang game ini. Walaupun game utama membina asas sejarah, pihak pembangun sebelum ini tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada perasaan peribadi serta hubungan yang mengikat watak-wataknya.

“DLC ini memberi kami peluang untuk menonjolkan lebih banyak elemen tersebut, dan kami percaya ia menambah perasaan yang lebih bermakna kepada dunianya serta keseluruhan karya ini,” kata Yoshimura.

Beliau menegaskan bahawa expansion ini lebih bermakna daripada cerita sampingan biasa:

“Ia berkait rapat dengan salah satu elemen paling penting dalam CODE VEIN II: mengubah sejarah melalui perjalanan masa. Disebabkan itu, kami merasakan telah berjaya mengekspresikan pengalaman cerita unik yang hanya wujud dalam game ini.”

Skala Forsaken World dan Peralihan ke Rekaan Dungeon Padat

Apabila melangkah masuk ke Forsaken World, pemain akan jumpa persekitaran yang sangat berbeza dari segi suasana dan reka letak berbanding perjalanan utama.

Dari sudut skala keseluruhan (merangkumi rentak naratif dan kawasan yang boleh diterokai), Iizuka menggambarkan skop expansion ini hampir sama dengan jalan cerita serta wilayah yang dikaitkan dengan seorang hero dalam base game.

Walau bagaimanapun, falsafah reka bentuk di sebalik ruang ini menunjukkan perubahan hala tuju jelas. Daripada menyelerakkan objektif di kawasan yang luas dan bertumpu pada pengumpulan barangan, pasukan pembangun mengutamakan dungeon yang padat, bertingkat, dan direka khusus untuk penerokaan mendalam.

“Sebaliknya, kami lebih menumpukan usaha membina kawasan berbentuk dungeon yang kukuh supaya pemain dapat meneroka dan menempuhinya dengan teliti,” jelas Iizuka.

Matlamatnya adalah untuk memberikan gameplay loop yang kemas dan padat, di mana aksi meredah persekitaran berbahaya terasa berkait rapat dengan perkembangan jalan cerita.

Senjata, Blood Code, Formae, dan Pilihan Build Baharu

Meneroka Mask of Idris berkait secara langsung dengan kemajuan watak. Sambil pemain meredah dungeon dan memajukan jalan cerita, mereka secara natural akan meluaskan loadout dengan Blood Code, senjata, Formae, dan Jail baharu.

Bukan sekadar menawarkan peningkatan statistik kecil berbanding peralatan sedia ada, beberapa kelengkapan baharu ini memperkenalkan ciri-ciri luar biasa dan mekanik unik yang langsung tiada dalam base game.

Menurut Yoshimura, pilihan reka bentuk ini memberi kebebasan kepada pemain untuk membina gaya permainan serta sinergi yang sebelum ini mustahil untuk dicapai.

“Sebahagian daripadanya mempunyai sifat dan abiliti yang tidak pernah wujud dalam game utama, termasuk pilihan yang sedikit luar biasa atau memerlukan teknik tersendiri,” kata Yoshimura, sambil menggalakkan pemain meluangkan masa bereksperimen dengan kelengkapan ini sepanjang menempuh cabaran dalam expansion tersebut.

Combat Lebih Responsif dan Free Update

Combat dalam Mask of Idris mencerminkan penambahbaikan hasil maklum balas komuniti sejak pelancaran base game.

Selepas pelancarannya, pihak pembangun telah mengeluarkan update yang meningkatkan tahap tindak balas pergerakan watak, dan tahap kesukaran serta pertembungan musuh dalam expansion ini dilaraskan mengikut tempo aksi yang lebih pantas tersebut.

“DLC ini direka dan diseimbangkan berdasarkan tempo aksi yang dipertingkatkan itu, dengan matlamat untuk menjadikan combat terasa lebih mendebarkan dan responsif,” jelas Yoshimura.

Selain expansion berbayar ini, pihak studio turut melancarkan satu Free Update untuk semua pemain.

Bagi memenuhi salah satu permintaan paling kerap daripada komuniti (iaitu melihat apa yang berlaku kepada dunia selepas true ending), free update ini akan merangkumi kandungan naratif yang membongkar peristiwa selepas tamatnya cerita utama.

DLC ini akan datang pada 9 September 2026 serentak dengan Update percuma Version 2.0 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Code Vein IIDLCinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu CODE VEIN II “Mask of Idris” – Bukan Rombakan Besar, Tetapi Tambahan Yang Peminat Pasti Suka

Next Post

Pradaftar Untuk BLEACH Mirrors High Kini Dibuka – Boleh Dapat Ichigo, Rukia & 20 Gacha Percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Preview

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

September 3, 2026
Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
Next Post
Pradaftar Untuk BLEACH Mirrors High Kini Dibuka – Boleh Dapat Ichigo, Rukia & 20 Gacha Percuma

Pradaftar Untuk BLEACH Mirrors High Kini Dibuka - Boleh Dapat Ichigo, Rukia & 20 Gacha Percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd