CD Projekt Red dan Studio Trigger telah melancarkan trailer baharu untuk Cyberpunk: Edgerunners 2, sambil mengesahkan bahawa anime yang dinanti-nantikan ini akan ditayangkan di Netflix Malaysia pada 20 Oktober 2026.
Edgerunners 2 akan mempunyai sebanyak 10 episod, dan tidak menyambung kisah David Martinez daripada siri pertama. Sebaliknya, ia memperkenalkan barisan watak baharu yang perlu mengharungi dunia gelap Night City yang kejam.
Fokus kali ini adalah pada tema balas dendam, kehilangan nilai kemanusiaan, serta harga yang perlu dibayar demi kelangsungan hidup. Sinopsis rasmi mengutarakan persoalan: “Apabila dunia dibutakan oleh tontonan, sejauh mana anda sanggup pergi untuk memastikan kisah anda bererti?”
Sudahpun dikenalkan sebelum, berikut adalah empat watak utama kepada jalan cerita siri kedua:
- Weak Kingsley (disuarakan oleh Kentarō Tone dalam bahasa Jepun, Clancy Brown dalam bahasa Inggeris): Seorang veteran solo yang dihantui kegemilangan masa lalu dan sekarang bergelut dengan peringkat awal cyberpsychosis.
- D (disuarakan oleh Kōki Uchiyama / Nazeeh Tarsha): Seorang nomad dari Snake Nation merangkap netrunner kental yang sedang memburu mereka yang memusnahkan puaknya.
- Roman Carax (disuarakan oleh Momoka Terasawa / Valeria Rodriguez): Seorang anak muda yang nekad merakam realiti sebenar bandar tersebut tanpa sebarang tapisan.
- Talia Yang (disuarakan oleh Akari Kitō / Kimoy Lee): Seorang wanita berjiwa kental yang meninggalkan dunia korporat dan akhirnya terjebak bersama geng jalanan Maelstrom yang taksub dengan cyberware.









Discussion about this post