Berita baik buat para peminat COD Modern Warfare 2 kerana Activision telah mengeluarkan spec terkini untuk PC dan kepada mereka yang ingin bermain game ini tanpa sebarang naik taraf mungkin akan berasa gembira. Tetapi Activision juga menambah, mungkin keperluan spesifikasi akan meningkat sepanjang game ini berlangsung.
Agak terkejut kerana spec minimum untuk PC buat masa ini agak rendah jika ingin dibandingkan dengan visual dan grafik yang disajikan oleh game ini kepada kita. Anda masih boleh bermain game ini dengan menggunakan Intel i3-6100, 8 GB RAM dan Nvidia GeForce GTX 960.
Namun, anda masih memerlukan sekurang-kurangnya 72GB storan. Pembangun game ini mengatakan ruang storan tambahan mungkin akan diperlukan untuk setiap kemas kini baru yang akan hadir di game tersebut. Call of Duties sebelum ini pernah ada sejarah dengan storan kembung, jadi anda harus sediakan ruang yang besar dalam hard drive.
Jadi ini adalah senarai yang terkini, disyorkan kepada anda untuk bermain COD Modern Warfare II:
- OS : Windows 10 x64 / Windows 11 x64
- CPU : Intel Core i5-6600K / Intel Core i7-4770 / AMD Ryzen 5 1400
- RAM : 12 GB
- Storage : 72 GB
- GPU : Nvidia GeForce GTX 1060 / AMD Radeon RX580 with 4 GB VRAM
Mengikut tinjauan yang dibuat oleh Activision di Steam, purata pengguna boleh mendapat 60 fps pada grafik tinggi di situasi tertentu. Untuk mereka yang inginkan framerate dan resolusi asset yang lebih tinggi, disarankan untuk pilih tetapan Competitive atau Ultra 4K. Tapi perlu diingatkan spesifikasi yang diperlukan untuk tetapan tersebut memerlukan kad grafik yang terbaru seperti RTX 30-series atau Radeon RX 5000-series.
Dengan mengoptimumkan spec COD Modern Warfare 2, korang boleh nikmati pengalaman bermain game ini tanpa perlu naik taraf PC korang.
Call of Duty Modern Warfare II akan dilancarkan untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 28 Oktober ini. Untuk membaca segala liputan kami tentang CoD, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post