Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

China ciplak Elden Ring, hasilkan ‘Eilon Ring’ untuk pasaran mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2022
in Artikel, Berita, Mobile, Mobile Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
China ciplak Elden Ring, hasilkan ‘Eilon Ring’ untuk pasaran mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan, Elden Ring semakin meningkat dalam populari sehingga ramai mengelarnya sebagai game terbaik untuk tahun 2022. Oleh itu, sebuah studio dari China membuat keputusan memanfaatkan peluang ini lalu ciplak Elden Ring bagi menghasilkan game sendiri bernama Eilon Ring untuk pasaran mobile iOS.

Boleh dimuat turun di App Store, Eilon Ring dicipta oleh developer Guiyun Cloud Network yang berpangkalan di China. Daripada screenshot dan thumbnail yang disediakan, memang tidak boleh dinafikan bahawa game ini mempunyai banyak persamaan dengan Elden Ring. Daripada watak hingga ke sistem pertempuran, semuanya lebih kurang sama.

Saya akan sertakan beberapa screenshot supaya korang boleh membuat perbandingan sendiri:

Jalan cerita pun lebih kurang sama menurut rumusan di halaman App Store. Berikut adalah penterjemahan kasar:

Eilon Ring ialah dunia epik, dengan peta yang luas dan sistem pertempuran yang mendalam. Ia bukan sahaja adalah karya terbaik dalam siri Souls, tetapi juga merupakan karya agung yang mengekalkan intipati Souls sambil menggunakan dunia luas untuk memberi keasyikan kepada pemain.

Pengembaraan di dunia ini penuh dengan kandungan, penuh dengan cabaran dan menyeronokkan untuk diterokai. Bagi kebanyakan pemain ini adalah perkara yang menarik dan tidak dapat dilupakan.

Pemain mengambil peranan sebagai Faded One, dan mengumpul kepingan Eilon Ring serta mencabar demigod. Selepas dihancurkan, intipati cincin itu dicemari oleh demigod. Demi mengumpulkan serpihan cincin tersebut, mereka memulakan perang demi perang, yang mengakibatkan kehancuran dunia.

Sejujurnya, saya nak menterjemahkan sinopsis untuk Eilon Ring pun susah, tetapi itulah yang diberitahu di halaman App Store. Nampaknya, studio China tersebut memang tidak menyorok inspirasi mereka dan seolah-olah mengaku ini adalah Elden Ring versi mobile.

FromSoftware selaku developer dan pencipta Elden Ring tidak pernah meluahkan hasrat mereka untuk membuat game bagi pasaran mobile, jadi agak pelik untuk melihat Eilon Ring. Buat masa ini, FromSoftware masih belum melakukan apa-apa tindakan undang-undang atau memberi komen tentang kejadian ini.

Untuk bermain game original, Elden Ring kini tersedia untuk platform PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X|S. Apa pendapat korang? Tak sangkat studio dari China ini berani ciplak Elden Ring.

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Tags: chinaciplakEilon RingElden Ring
Previous Post

EXOPRIMAL – Game aksi terbaru penuh dengan Dinosaur oleh CAPCOM!

Next Post

Mighty Knight Bayu – Komik Tokusatsu tempatan kini tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Mighty Knight Bayu – Komik Tokusatsu tempatan kini tersedia!

Mighty Knight Bayu - Komik Tokusatsu tempatan kini tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd