Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mighty Knight Bayu – Komik Tokusatsu tempatan kini tersedia!

Maira by Maira
March 10, 2022
in Artikel, Berita, Komik, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Mighty Knight Bayu – Komik Tokusatsu tempatan kini tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ingin tahu, tokusatsu ini mempunyai populariti yang tinggi di Malaysia lebih-lebih lagi untuk siri seperti Kamen RIder, Ultraman, Super Sentai dan banyak lagi. Bukan setakat itu sahaja, kita juga mempunyai siri tokusatsu tempatan bertajuk Mighty Knight Bayu. Siri ini telah dihasilkan oleh satu produksi bernama Wiroes Studio dan anda boleh menonton “pilot episode” untuk Mighty Knight Bayu di saluran Youtube mereka.

Seperti yang diumumkan tahun lepas, siri tokusatsu tempatan ini akan mengeluarkan komik pertamanya. Jilid pertama komik ini telah dilancarkan pada Februari yang lalu dan anda boleh dapatkannya di kedai buku Popular atau melalui Shopee dengan harga RM 14 di semenanjung dan RM 15.50 untuk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik lagi, komik ini penuh berwarna, jadi anda akan dapat membaca aksi hebat komik dengan lebih bergaya.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk komik Mighty Knight Bayu:

Mirul merupakan pelajar lepasan sekolah. Suatu hari, beliau telah terserempak dengan Ejen Hana yang dikejar oleh Native Primitive kerana membawa MK Driver. Keadaan menjadi tegang apabila Mirul turut terlibat sama dalam masalah ini. Tanpa berfikir panjang, Ejen Hana memberikan MK Driver kepada Mirul dan Mirul bertukar menjadi MIGHTY KNIGHT BAYU. Mampukah Mirul mengalahkan Native Primitive tersebut dan menyelamatkan Ejen Hana?

Siri komik ini akan mempunyai sebanyak 13 isu termasuk jilid pertama ini. Jadi, anda boleh menantikan isu seterusnya akan datang. Apa lagi geng, bolehlah anda cepat-cepat tempah buku ini dan menyokong usaha untuk mengangkat genre tokusatsu di Malaysia! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai tokusatsu daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: komik tempatanMighty Knight Bayu
Previous Post

China ciplak Elden Ring, hasilkan ‘Eilon Ring’ untuk pasaran mobile

Next Post

Returnal boleh main secara co-op, update baru akan tiba 22 Mac

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Returnal boleh main secara co-op, update baru akan tiba 22 Mac

Returnal boleh main secara co-op, update baru akan tiba 22 Mac

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd