Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Captain Tsubasa 2: World Fighters – Akan Datang Ogos 2026; Info Edisi & Gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Captain Tsubasa 2: World Fighters – Akan Datang Ogos 2026; Info Edisi & Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco dan pembangun Tamsoft mengumumkan bahawa Captain Tsubasa 2: World Fighters akan dilancarkan pada 27 Ogos 2026. Game ini akan tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Sekuel ini bakal tampil lebih hebat berbanding entri dahulu, dengan memberikan tumpuan kepada jalan cerita “World Youth” arc yang popular di kalangan peminat manga.

Gameplay utama juga telah menerima penambahbaikan. Walaupun aksi gaya arcade dikekalkan, Tamsoft memperkenalkan sistem “duel” yang lebih strategik.

Sistem ini akan meningkatkan debaran semasa pertembungan 1 lawan 1 antara penyerang dan penjaga gol, lengkap dengan aksi hadangan dan super-shot sinematik yang dipetik terus daripada anime.

Antara tarikan dalam sekuel ini termasuklah:

  • 22 Pasukan Kebangsaan dan lebih 110 watak yang boleh dimainkan.
  • Lebih 150 Cutscenes: Bukan sahaja untuk story mode, babak ini akan muncul semasa perlawanan bagi menonjolkan super move dan taktik hebat.
  • New Stars Route: Satu pembaharuan dalam Story Mode di mana pemain boleh mencipta watak sendiri dan menyertai Pasukan Kebangsaan Jepun. Senario asalnya diselia sendiri oleh pencipta siri ini, Yoichi Takahashi.

Bagi meraikan pengumuman ini, Bandai Namco telah mengeluarkan video khas yang memaparkan temu bual bersama Yoichi Takahashi.

Dalam video tersebut, Takahashi meluahkan keterujaannya terhadap adaptasi “World Youth” arc ini. Beliau turut mendedahkan bahawa game ini merangkumi pasukan dan watak original yang belum pernah dilihat dalam manga sebelum ini.

Bonus Pra-Tempahan dan Edisi Khas

Pra-tempahan digital telah bermula hari ini. Jika membuat tempahan awal, Bandai Namco menawarkan beberapa ganjaran menarik, antaranya:

  • Jersi Pasukan Kebangsaan Jepun 2026 & Jersi World Youth.
  • Early Unlock: Akses segera kepada pasukan Brazil Youth.
  • Muzik Klasik: Akses awal kepada dua versi lagu tema ikonik, “Moete Hero.”

Untuk mereka yang mahukan kandungan lebih lengkap, game ini ditawarkan dalam tiga pilihan edisi:

  • Standard Edition: Mengandungi game asas sahaja.
  • Deluxe Edition: Termasuk Season Pass yang menambah enam watak baharu dan item customization “Black Ball”.
  • Ultimate Edition: Ini adalah pakej paling lengkap. Ia mengandungi semua kandungan dalam Deluxe Edition, ditambah dengan lima uniform alternatif, pelbagai reka bentuk bola, aksi sambutan gol baharu, dan dua tema Main Menu eksklusif. Selain itu, pemain akan menerima dua kad “Power Move” untuk membantu menguatkan pasukan di awal permainan.

Tags: Captain Tsubasa 2: World Fighters
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel Rivals – Devil Dinosaur Bakal Jadi Vanguard Terbaru Dalam Season 8!

Next Post

Harvest Moon: Echoes of Teradea Akan Datang September 2026, Membawa Elemen RPG & Open-World!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi
Berita

Kakao Games & The Grimm Entertainment Umum Kerjasama; Mungkin Hasilkan Game Lookism, Manager Kim & Banyak Lagi

August 24, 2026
Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September
Anime

Detective Conan: Fallen Angel Of The Highway Masuk Pawagam Malaysia 10 September 2026; Tayangan Awal 5 September

August 24, 2026
Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama
Anime

Bleach – Bankai Baru ‘Blood Chains’ Ichigo Serta Kematian Mengejut Watak Utama

August 24, 2026
Next Post
Harvest Moon: Echoes of Teradea Akan Datang September 2026, Membawa Elemen RPG & Open-World!

Harvest Moon: Echoes of Teradea Akan Datang September 2026, Membawa Elemen RPG & Open-World!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd