Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harvest Moon: Echoes of Teradea Akan Datang September 2026, Membawa Elemen RPG & Open-World!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2026
in Arcade, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Simulator, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Harvest Moon: Echoes of Teradea Akan Datang September 2026, Membawa Elemen RPG & Open-World!
Share on FacebookShare on Twitter

Natsume telah mengumumkan bahawa Harvest Moon: Echoes of Teradea akan dilancarkan pada 24 September 2026. Merupakan entri terbaru dalam francais Harvest Moon, ia akan datang ke pelbagai platform termasuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Versi PS5, Switch, dan Switch 2 kini boleh dipra-tempah melalui Amazon dan kedai dalam talian rasmi Natsume. Sebagai bonus, Natsume turut menambah patung “Wolf plush” edisi terhad secara percuma untuk setiap tempahan awal ini.

Lebih Daripada Bertani, Selamatkan Dunia yang Terancam

Echoes of Teradea membawa kita keluar daripada rutin biasa di ladang ke dalam sebuah pengembaraan penuh misteri. Perjalanan bermula di Bloomfield Village yang tenang, namun keamanan itu tidak bertahan lama. Kabus misteri mula muncul dari “Forest of Echoes,” membawa bersama binatang buas dan bencana alam seperti gempa bumi dan ribut kencang.

Sebagai watak utama, anda akan bekerjasama dengan Harvest Goddess dan Doc Jr. untuk membongkar rahsia di sebalik kegelapan yang mengancam.

Selain aktiviti menjaga ladang. Natsume memberikan lebih banyak tumpuan kepada elemen ‘adventure’ dalam judul terbaharu ini. Berikut adalah antara ciri menarik yang boleh dijangkakan dalam gameplay:

  • Teradea digambarkan sebagai sebuah landskap yang sangat luas, merangkumi pelbagai kawasan daripada gua tersembunyi yang penuh dengan permata hinggalah ke pulau-pulau jauh yang memerlukan peta nautika untuk ditemui.
  • Buat pertama kali, pemain mempunyai lebih kebebasan untuk bergerak. Anda boleh melompat, memanjat tangga, dan memanjat akar pokok untuk sampai ke kawasan rahsia di tempat tinggi.
  • Haiwan ternakan mempunyai fungsi lebih daripada sekadar menghasilkan susu atau bulu. Anda boleh membawa mereka mengembara, di mana setiap haiwan mempunyai abiliti khas seperti melompat melintasi jurang atau memusnahkan halangan seperti pokok tumbang dan batu besar yang menghalang jalan.
  • Disebabkan dunianya yang terlalu luas, anda mungkin tidak sempat pulang ke rumah sebelum matahari terbenam. Pemain boleh mendirikan khemah di kawasan liar untuk berehat, memasak makanan bagi memulihkan stamina, dan berurusan dengan pedagang yang lalu-lalang.
  • Game ini menawarkan 10 calon pasangan untuk berkahwin (lima lelaki dan lima wanita). Sambil membina kehidupan dan hubungan cinta, anda juga akan menemui “Power Statue” yang tersebar di seluruh peta. Menyelesaikan teka-teki pada patung ini akan memberikan Power Wisp, yang boleh ditukar untuk meningkatkan had stamina anda.

ShareTweetSend
Previous Post

Captain Tsubasa 2: World Fighters – Akan Datang Ogos 2026; Info Edisi & Gameplay!

Next Post

Jujutsu Kaisen – Mahoraga Era Modulo Adalah Yang Terkuat, Atasi Versi Sukuna & Megumi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen – Mahoraga Era Modulo Adalah Yang Terkuat, Atasi Versi Sukuna & Megumi!

Jujutsu Kaisen - Mahoraga Era Modulo Adalah Yang Terkuat, Atasi Versi Sukuna & Megumi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd