Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel Rivals – Devil Dinosaur Bakal Jadi Vanguard Terbaru Dalam Season 8!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Marvel Rivals – Devil Dinosaur Bakal Jadi Vanguard Terbaru Dalam Season 8!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Rivals telah mendedahkan maklumat lanjut mengenai kemas kini besar seterusnya yang bertajuk Season 8: SINS OF ALCHEMAX. Musim baharu ini akan bermula secara rasmi pada 15 Mei 2026.

Tarikan utama adalah Devil Dinosaur, yang menyertai senarai watak sebagai kelas “Vanguard”. Walaupun Devil Dinosaur akan mula beraksi Jumaat ini, Cyclops juga disahkan akan tiba dalam kemas kini pertengahan musim (Season 8.5) pada bulan Jun nanti.

Watak Baharu – Devil Dinosaur

Devil Dinosaur adalah watak yang direka khusus untuk memecahkan pertahanan musuh.

Dalam combat, Devil Dinosaur menggunakan saiz badannya yang besar untuk membuli lawan. Dia dilengkapi dengan perisai forcefield berbentuk kubah yang mampu menyekat serangan musuh, lantas membolehkan pasukannya mara dengan selamat. Serangan utamanya, “Primal Bites”, memberikan kesan ‘bleed’ berterusan kepada musuh.

Jika sasaran sudah terkena bleed, dia boleh melompat ke arah mereka, menggigit untuk memberi kesan stun, sebelum meludahkan mereka keluar.

Bagi Ultimate Ability “Unstoppable Behemoth”, dia akan menerima perisai tambahan dan merempuh ke hadapan, memijak sesiapa sahaja di laluannya dan mengucar-ngacirkan barisan belakang pasukan lawan.

Bersama watak ini adalah abiliti Team-Up baharu yang dipanggil Primal Punishment. Jika anda mempunyai Devil Dinosaur dan The Punisher dalam satu pasukan, The Punisher boleh melompat dan menunggang di atas belakang dinosaur tersebut.

Semasa menunggang, serangan The Punisher terhad kepada tembakan biasa dan bom tangan sahaja, tetapi sebagai balasan, dia mendapat damage reduction yang ketara. Selain itu, sebarang damage yang diterima atau healing yang diperoleh akan dikongsi bersama Devil Dinosaur.

Peta Baharu dan Pelarasan Hero

Medan lawan juga semakin luas dengan pengenalan peta Doom Match baharu, Alchemax Headquarters, yang akan dibuka pada 28 Mei.

The meta is shifting! 💫

A new balance patch is descending upon the battlefield to ensure every hero and villain has their moment of glory. Whether you're a Strategist, Duelist, or Vanguard, these adjustments are designed to sharpen the competitive edge of Season 8.

Full Patch… pic.twitter.com/J4dPyAhoXK

— Marvel Rivals (@MarvelRivals) May 12, 2026

Dari segi game balance, beberapa hero menerima pelarasan penting:

  • Emma Frost: Menerima buff besar, termasuk pengurangan tenaga yang lebih perlahan dan perlindungan damage yang lebih baik dalam Diamond Form.
  • The Thing: Mendapat tambahan nyawa untuk membolehkannya bertahan lebih lama dalam combat.
  • Iron Fist: Serangan “Jeet Kune Do” akan memulihkan cooldown pertahanannya dengan lebih pantas.
  • Nerf: Vanguard Deadpool, Mister Fantastic, dan Invisible Woman semuanya menerima nerf pada bahagian damage atau crowd-control bagi memastikan persaingan yang lebih adil.

Pengoptimuman Storan dan E-sukan

NetEase turut mendengar keluhan pemain mengenai saiz fail permainan. Kini, pemain boleh memilih untuk membuang (uninstall) “High-Resolution Texture Pack” sebagai DLC berasingan, yang akan menjimatkan ruang simpanan PC sebanyak 35GB.

Bagi peminat kompetitif, litar e-sukan Marvel Rivals Ignite akan melangkah ke Stage 1 pada 21 Mei. Dengan tawaran hadiah terkumpul sebanyak $650,000, kejohanan ini juga akan memperkenalkan peta terbaharu: New York: Lower Manhattan.

Game ini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, dan PC (Steam, Epic Games Store).

Tags: Marvel Rivals
ShareTweetSend
Previous Post

BIC Festival 2026 Memperkenalkan Visual Rasmi “Buff Your Indie Spirit” Bagi Acara!

Next Post

Captain Tsubasa 2: World Fighters – Akan Datang Ogos 2026; Info Edisi & Gameplay!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Captain Tsubasa 2: World Fighters – Akan Datang Ogos 2026; Info Edisi & Gameplay!

Captain Tsubasa 2: World Fighters - Akan Datang Ogos 2026; Info Edisi & Gameplay!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd