Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Captain America: New World Order diumumkan, bakal tayang pada tahun 2024!

safwan by safwan
September 12, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Pameran/Expo
0 0
0
Captain America: New World Order diumumkan, bakal tayang pada tahun 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara Disney 23 Expo diadakan, banyak game, siri dan filem diumumkan dan salah satunya adalah Captain America: New World Order. Semasa diumumkan, Kevin Fiege menjemput beberapa barisan pelakon dan pengarah untuk tampil di atas pentas.

Barisan pelakon Captain America: New World Order terdiri daripada Anthony Mackie sebagai Sam Wilson, Carl Lumley sebagai Isaiah Bradley dan Danny Ramirez sebagai Joaquin Torres. Terdapat juga pelakon baru yang dibawa masuk ke MCU iaitu Shira Haas sebagai Sabra.

Selain pelakon baharu, terdapat juga pelakon yang kembali kepada MCU selepas 14 tahun. Pelakon tersebut adalah Tim Blake Nelson dan penampilannya yang terakhir dalam MCU adalah filem The Incredible Hulk. Dia akan berlakon dalam Captain America: New World Order sebagai The Leader.

Tidak seperti Hulk dan She-Hulk yang terkena radiasi gamma sekali gus mengembangkan kesemua otot, The Leader langsung tidak mengembangkan ototnya tetapi mengembangkan kepalanya dan menjadi salah satu daripada makhluk yang paling bijak di dunia.

Filem Captain America: New World Order diketuai oleh Julius Onah sebagai pengarah, Malcolm Spellman dan Dalan Musson sebagai penulis skrip.

Dalam satu interview, Mackie mengatakan yang dia cukup gembira untuk berlakon sebagai pelakon utama. Hal ini kerana, dia sering menjadi pelakon tambahan di dalam filem MCU setakat ini dan ini adalah filem pertamanya sebagai watak utama.

Mackie berlakon sebagai Sam Wilson sejak filem Captain America: The Winter Soldier pada tahun 2014 dan banyak sudah pasti melakonkan watak The Falcon dalam filem MCU lain seperti Captain America: Civil War 2016.

Pada penghujung filem Avengers: Endgame pada tahun 2019, Steve Rogers memberikan “shield” Captain America kepadanya dan secara tidak langsung menjadikannya dirinya sebagai Captain America yang seterusnya. Namun, dia tidak menerimanya sehingga penghujung siri The Falcon and The Winter Soldier 2021.

Buat masa sekarang, itu sahaja maklumat yang didedahkan mengenai filem Captain America: New World Order dan bakal ditayangkan pada 3 Mei 2024. Tidak pasti sama ada akan ditayangkan di Malaysia atau tidak. Harapnya, dapatlah ditayangkan di Malaysia. Apapun, tarikh tayangan filem ini masih lambat lagi dan banyak perkara mungkin akan berlaku sepanjang penantian filem ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Disney D23 Expo daripada kami.

Tags: captain americaCaptain America: New World Ordermcu
Previous Post

Trailer Secret Invasion Didedahkan, Perang Antara Nick Fury Dan Skrull Akan Bermula!

Next Post

Filem MCU Thunderbolts dedahkan semua ahli – Winter Soldier, Taskmaster, Ghost & banyak lagi!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Filem MCU Thunderbolts dedahkan semua ahli – Winter Soldier, Taskmaster, Ghost & banyak lagi!

Filem MCU Thunderbolts dedahkan semua ahli - Winter Soldier, Taskmaster, Ghost & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd