Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Secret Invasion Didedahkan, Perang Antara Nick Fury Dan Skrull Akan Bermula!

Maira by Maira
September 12, 2022
in Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri
0 0
0
Trailer Secret Invasion Didedahkan, Perang Antara Nick Fury Dan Skrull Akan Bermula!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri original Marvel, Secret Invasion telah mendedahkan trailer rasmi mereka semasa acara D23 Expo 2022. Untuk pengetahuan anda, siri ini merupakan adaptasi komik dengan tajuk yang sama dan merupakan siri untuk fasa kelima Marvel Cinematic Universe (MCU). Secret Invasion akan ditayangkan di Disney+ Hotstar pada tahun 2023.

Selepas diumumkan pada tahun 2020, akhirnya Marvel Studios Mengeluarkan trailer rasmi yang memaparkan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan juga Ben Mendelsohn sebagai Talos. Secret Invasion akan membawa penonton mengikuti kisah yang berpusatkan Skrull yang telah menyelusup masuk ke bumi selama bertahun lamanya.

Secret Invasion juga boleh dianggap sebagai sekuel kepada filem Captain Marvel, di mana kita diperkenalkan kepada Skrull buat kali pertama dan juga sekuel Spider-Man: Far From Home, yang menunjukkan Nick Fury di dalam sebuah kapal Skrull di angkasa selepas kredit filem tersebut.

Buat masa ini tiada lagi tarikh rasmi untuk tayangan siri ini tetapi ia dijangka keluar selepas tayangan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania pada Februari 2023. Bukan setakat itu sahaja, Secret Invasion juga akan berkait dengan siri lain, Armor Wars yang akan dibintangi oleh Don Cheadle. Siri baru itu juga akan mempunyai enam episod dan akan mulakan produksi pada awal 2023.

Secret Invasion

Bagaimana kedua siri ini akan berhubung masih belum didedahkan tetapi sudah tentu ramai peminat yang menantikannya. Ia juga mungkin berkait rapat dengan filem Avengers: Secret Wars yang dijadualkan untuk keluar pada tahun 2025. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Marvel daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Disney+ HotstarMarvel StudiosSecret Invasion
Previous Post

Ant-Man and the Wasp: Quantumania dedahkan antagonis Kang the Conqueror, sinopsis cerita!

Next Post

Captain America: New World Order diumumkan, bakal tayang pada tahun 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Captain America: New World Order diumumkan, bakal tayang pada tahun 2024!

Captain America: New World Order diumumkan, bakal tayang pada tahun 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd