Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem MCU Thunderbolts dedahkan semua ahli – Winter Soldier, Taskmaster, Ghost & banyak lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Filem MCU Thunderbolts dedahkan semua ahli – Winter Soldier, Taskmaster, Ghost & banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan di D23 Expo, barisan penuh watak untuk filem Marvel’s Cinematic Universe (MCU) Thunderbolts telah didedahkan bersama imej visual pertama!

Filem ini diarahkan oleh Jake Schreier dengan skrip oleh Eric Pearson (Black Widow) dan buat masa ini, tarikh keluaran ditetapkan pada 26 Julai 2024. Asalnya diumumkan di acara Comic-Con, pihak Marvel tidak mendedahkan ahli pasukan pada masa itu tetapi kini, kita akhirnya tahu watak manakah yang akan membuat kemunculan.

Secara lebih khusus lagi, Presiden Marvel Studios Kevin Feige mengumumkan bahawa Yelena Belova (Florence Pugh), Red Guardian (David Harbour), John Walker/U.S Agent (Wyatt Russell), Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), Ghost (Hannah John- Kamen), dan Taskmaster (Olga Kurylenko), membentuk pasukan Thunderbolts — semuanya diketuai oleh Valentina Allegra de Fontaine (Julia Louis-Dreyfuss).

Seperti yang korang dapat melihat, semua watak ini diambil daripada pelbagai francais MCU, termasuk filem dan siri seperti Ant-Man and The Wasp, The Falcon and the Winter Soldier dan Black Widow.

Bucky Barnes/The Winter Soldier kali terakhir dilihat dalam siri Disney+ “The Falcon dan The Winter Soldier”, di mana dia mencari cara untuk menebuskan dirinya kerana sejarahnya sebagai pembunuh upahan. U.S Agent/John Walker juga membuat penampilan pertamanya dalam siri itu, manakala Yelena kali terakhir dilihat dalam siri Disney+ “Hawkeye”.

Kedua-dua Red Guardian dan Taskmaster hanya muncul dalam filem Black Widow manakala Ghost berasal daripada Ant-Man and the Wasp.

Bagi mereka yang tidak beberapa tahu tentang filem ini, pasukan Thunderbolts boleh disamakan dengan “Suicide Squad” daripada DC di mana kebanyakannya terdiri daripada anti-hero atau bekas penjahat dan diasaskan untuk mengambil misi lebih “unik” berbanding wira-wira Avengers.

Buat masa ini, penjahat atau plot cerita tidak diumumkan, tetapi tarikh keluaran filem MCU Thunderbolts masih jauh lagi.

Harapkan lebih banyak info pada bulan-bulan akan datang! Untuk membaca segala liputan kami tentang industri filem antarabangsa dan tempatan, sila tekan pautan ini.

Tags: filemMarvelmcuThunderbolts
Previous Post

Captain America: New World Order diumumkan, bakal tayang pada tahun 2024!

Next Post

Siri Ironheart bakal tiba di Disney+ pada tahun 2023, debut pertama dalam Black Panther 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Siri Ironheart bakal tiba di Disney+ pada tahun 2023, debut pertama dalam Black Panther 2

Siri Ironheart bakal tiba di Disney+ pada tahun 2023, debut pertama dalam Black Panther 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd