November lalu, telah ada khabar angin mengenai crossover antara siri anime Attack on Titan dan Call of Duty: Vanguard, ternyata ianya berita yang betul. Tetapi ia bukan sahaja tersedia untuk COD Vanguard sahaja, pemain Warzone Pacific juga berpeluang untuk bermain dalam update baru ini. Ia merupakan update major pertama pada tahun 2022.
Dalam bundle crossover tersebut, Daniel Yatsu akan berpakaian seperti ahli Survey Corps. Kolaborasi ini akan tersedia secara rasmi pada 20 Januari, mengikuti update midseason untuk Vanguard dan Warzone Pacific. Dalam kolaborasi ini, bukan sahaja pakaian yang tersedia, tetapi ia juga datang dengan Operator baru, senjata baru, kandungan tambahan untuk Zombies, pembetulan bugs dan banyak lagi.
Update untuk Vanguard boleh di muat turun pada 12 Januari jam 1 petang Malaysia, manakala Warzone Pacific pula tersedia bermula 13 Januari pada waktu yang sama. Ini akan membuatkan kedua-dua game ini bersedia untuk update hari pertama midseason untuk Musim pertama.
Tracer Pack: Attack on Titan – Levi Edition Bundle
Untuk meraikan musim terakhir Attack on Titan, pemain Vanguard dan Warzone Pacific boleh menjadi ahli Survey Corps melalui Tracer Pack: Attack on Titan — Levi Edition Bundle. Ianya tersedia di kedai in-game berharga 2400 CP / RM 85.
10 item bundle ini bukan sahaja untuk peminat tegar francais malah ia mempunyai gaya dan firepower untuk menjadi pemimpin dalam kalangan askar, sama seperti Levi Ackerman.
Salah satu tambahan yang paling hebat pada Bundle ini ialah “Titan Piercer,” Blueprint yang merupakan bilah tajam untuk membunuh Titan. Diperbuat daripada keluli ultrahard yang boleh memotong Titan, bilah ini mampu menghiris skuad musuh dengan mudah.
Bukan setakat itu sahaja, gerakan legenda “Steel Cut” juga tersedia sebagai finishing move serta Highlight Intro “Vertical Maneuver” eksklusif Vanguard dan Sorotan MVP “Ultrahard Steel”. Dua lagi senjata dalam Bundle ini ialah blueprint Legendary “Historia” SMG dan “Ymir Curse” Assault Rifle. Ini merupakan penambahan hebat pada loadout anda pada Warzone Pacific atau multiplayer Vanguard dan Zombies.
Walaupun mana-mana Operator boleh menggunakan senjata ini, Sgt. Daniel of the Hellhounds akan bersedia sepenuhnya untuk pertempuran dengan skin Operator “Survey Corps” yang disertakan dalam Bundle ini. Digayakan dalam gaya peralatan Survey Corps yang dipakai oleh Kapten Levi Ackerman, pakaian baru ini sesuai untuk memimpin skuad anda mencapai kemenangan di Caldera atau di tempat lain.
Sumber: PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post