Pada hari ahad lepas, Call of Duty Vanguard dataminer @_Nanikos_ telah mendedahkan beberapa baris coding yang merujuk kepada anime Attack On Titan sebagai Operator (playable)dalam game ini. Senarai senjata juga ditunjukkan, ini mungkin disebabkan kandungan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada satu bundle, seperti yang dilakukan Call of Duty baru-baru ini dengan crossover seperti John McClaine, Rambo dan Judge Dread.
Seorang lagi dataminer @ZestyCODLeaks telah mengulas bahawa kod itu menunjukkan bahawa akan ada senjata jarak dekat bakal ditambah pada permainan. Lebih menarik, kita mungkin akan mendapat sejenis senjata jarak dekat berkonsepkan pedang Attack on Titan.
Call of Duty: Vanguard ialah permainan video first person shooter yang dibangunkan oleh Sledgehammer Games untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S dan Microsoft Windows. Ia ditetapkan semasa Perang Dunia II. Vanguard ialah permainan kelapan belas dalam francais Call of Duty. Diumumkan pada 19 Ogos 2021, permainan ini telah dikeluarkan pada 5 November 2021.
Dalam Vanguard, anda akan bermain sebagai salah seorang daripada lima askar biasa yang bangkit menjadi wira dalam perang Dunia II. Cerita ini menggambarkan asal usul Pasukan Khas ketika askar ini membentuk Task Force One. Anda akan bertemu ketua pasukan Sarjan Arthur Kingsley, penembak pakar Leftenan Polina Petrova, pengebom Prebet Lucas Riggs, juruterbang ace Leftenan Kelas 1 Wade Jackson, dan orang kanan Kingsley, Sarjan Richard Webb.
Terdapat 4 tempat yang akan benua yang akan difokuskan iaitu timur, utara,barat dan pasifik. Game ini mempunyai 4 mode yang boleh dimainkan iaitu campaign, multiplyer, zombies dan warzone. COD vanguard boleh dibeli dalam dua pilihan iaitu standard edition dan ultimate edition. Edisi Ultimate memberikan akses kepada tiga pek skin tambahan, serta akses kepada Battle Pass of a Season for Vanguard (bergantung pada masa pembelian), dan token XP berganda.
Cross-gen Bundle dan Ultimate Edition memberikan pemain konsol dua versi permainan untuk digunakan pada generasi konsol sebelumnya (PlayStation 4 dan Xbox One) dan generasi kemudian (PlayStation 5 dan Xbox Series S atau Xbox Series X).
Untuk lebih banyak info mengenai Call of Duty: Vanguard boleh lihat di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post