Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Buat yang terbaik untuk harumkan nama negara” – Interview VR Universal 4RIVALS (PUBG – PL2022)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Esports, Shooter, Temuramah
0 0
0
“Buat yang terbaik untuk harumkan nama negara” – Interview VR Universal 4RIVALS (PUBG – PL2022)
Share on FacebookShare on Twitter

Predator League Asia Pacific 2022 Grand Finals rasmi bermula hari ini di mana pasukan Dota 2 dan PUBG terbaik akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara! Sempena itu, kami berjaya dapat temu ramah bersama pasukan VR Universal 4RIVALS yang mewakili Malaysia di kejohanan untuk PUBG: Battlegrounds. Apakah persiapan dan strategi mereka? Jom kita belajar lebih lanjut!

Berikut adalah ahli pasukan VR Universal 4RIVALS:

  • VR_Apikk
  • VR_Zosvatek
  • VR_MalKendrix
  • VR_Km0N
  • VR_SuperDeeeeN

Kami memulakan temu ramah dengan bertanya jika pasukan ingin membuat apa-apa perubahan berkenaan gameplay pasukan di dalam kejohanan. Muhammad Syafiq Ridzuan aka Apikk menjawab bahawa ada banyak yang mereka perlu tukar dalam kejohanan daripada segi gameplay. Pada hari pertama, ahli pasukan mengaku mereka menghadapi “bad day” dan tidak berprestasi sebagus seperti yang mereka inginkan. Setiap strategi tidak menjadi, dan rotation mereka sering dipintas oleh pasukan musuh.

Ini tidak mengejutkan memandangkan mereka berlawan dengan pasukan terbaik daripada setiap negara Asia Pasifik. Untuk menghadapi hari baru, VR Universal 4Rivals sudah melakukan kajian yang patut dan sepatutnya dapat melakukan lebih baik.

“Lepas habis game, kita pergi dekat dalam satu bilik, tengok semua game-game semalam. Mungkin hari ini, kita akan buat yang terbaik untuk harumkan nama negara.”

Kata VR_Apikk.

Walaupun PUBG memerlukan kemahiran yang tinggi, kita juga harus mengaku yang kemenangan juga boleh ditentukan melalui nasib dalam sesetengah situasi seperti peluang dapat senjata bagus, lokasi “circle” yang semakin mengecil dan sebagainya. Memandangkan ada unsur ‘rawak’, situasi ‘buruk’ pasti akan berlaku.

Muhammad Fikri Abdul Jalil atau lebih dikenali sebagai VR_Km0N berkata mereka akan cuba menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sehingga situasi memihak kepada pasukan. Sebagai contoh, mereka akan cuba menyusup ke lokasi yang selamat di dalam circle lalu merancang pergerakan seterusnya. 

Memandangkan VR Universal 4RIVALS mewakili Malaysia di persada antarabangsa, harapan para peminat sangat tinggi. Ini juga boleh dianggap sebagai “highlight” terbesar bagi ahli pasukan mereka tetapi apakah cabaran terbesar setakat ini dalam kerjaya masing-masing?

Rupanya, untuk kekal di dalam bidang kompetitif profesional merupakan cabaran terbesar. Ikhwan Hafiz bin Abdullah aka VR_MalKendrix kata:

“Saya rasa apa yang paling mencabar adalah untuk kekal dalam Scene Competitive PUBG. Macam mana nak konsisten dalam PUBG, nak kena kerap training, keep your mind steady untuk apa-apa situasi dalam PUBG. Semua itu kena konsisten.”

Menjadi pemain profesional bukanlah sesuatu yang mudah – tidak semua boleh dimenangi, tetapi apa yang penting adalah usaha untuk bertambah baik.

Seperti saya kata di atas, Predator League Asia Pacific mengumpulkan semua pasukan terbaik di dalam satu kejohanan. Di mata VR Universal 4Rivals, mereka menyenaraikan Vietnam, Thailand, Korea Selatan dan Jepun sebagai saingan paling hebat.

Muhammad Asyraf Muhammad Malik aka VR_Zosvatek kata:

“Dalam banyak-banyak region paling kuat, paling power, paling hebat ialah Vietnam, Thailand, Korea dan Jepun. Sebab mereka ini antara player yang pernah pergi ke global dan sekarang ini mereka dapat bermain di Acer Predator. Bagi kita, itu satu cabaran yang best sebab kita boleh tahu cara mereka bermain dan boleh belajar daripada situ.”

Apabila membandingkan pusing kelayakan Predator League Asia Pacific di Malaysia dan Grand Finals di Jepun, ahli pasukan mengaku ini adalah paling jauh masing-masing pernah pergi setakat ini, tetapi misi masih sama dan mereka akan bertungkus lumus mengejar gelaran juara. 

Kami juga bertanya “andai sudah bersara daripada menjadi pemain profesional, apa yang anda semua akan buat?”. Semua jawab yang kehidupan akan kembali seperti normal di mana mereka akan bekerja dalam bidang pilihan masing-masing tetapi masih lagi bermain PUBG, cuma tidak aktif seperti biasa.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada VR Universal 4RIVALS! Semoga sukses dalam Predator Leagus Asia Pacific 2022 Grand Finals dalam PUBG! Jangan lupa tonton siaran langsung di FB atau YouTube untuk sokong mereka!

Untuk segala liputan kami tentang kejohanan ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsPredator LeaguePredator League Asia Pacific 2022 Grand Finalstemu ramahVR Universal 4RIVALS
Previous Post

“Memperkasakan kehadiran Predator League” – Interview bersama Andrew Hou, Presiden Acer Asia Pasifik [Interview]

Next Post

Genshin Impact SEA Carnival Bakal Berlangsung! Daftar Sekarang Untuk Menjadi Traveler Terhebat Asia Tenggara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Genshin Impact SEA Carnival Bakal Berlangsung! Daftar Sekarang Untuk Menjadi Traveler Terhebat Asia Tenggara!

Genshin Impact SEA Carnival Bakal Berlangsung! Daftar Sekarang Untuk Menjadi Traveler Terhebat Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd