Selepas tamatnya pusingan kelayakan, semua pasukan terhebat telah berkumpul untuk bersaing dalam Asia Pacific Predator League 2022 Grand Finals di Tokyo, Jepun. Selepas tamatnya sidang akhbar yang menandakan permulaan kejohanan, kami berpeluang untuk dapatkan info lanjut daripada Andrew Hou, Presiden Acer Pan Asia Pasifik, berkenaan rancangan syarikat pada masa depan dan Predator League.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan!
Temu ramah disunting untuk memudahkan kefahaman.
Andrew Hou telah memegang jawatannya selama lebih enam tahun, dan ini tidak termasuk tempoh perkhidmatannya yang panjang bersama syarikat Acer semasa zaman awal. Walaupun sudah lama berada dalam industri, beliau mengakui terdapat beberapa rantau – seperti Jepun – yang mencabar untuk ditembusi daripada segi pertumbuhan teknologinya.
Cabaran teknologi itu mungkin datang dalam bentuk pegangan pasaran, atau pembangunan, mengikut persekitaran negara yang berbeza. Namun begitu, beliau percaya masih ada ruang untuk berkembang di kawasan yang dianggap “muda” tetapi memegang potensi besar, di mana mereka boleh mengharapkan perubahan yang sangat ketara.
Ramai orang mengenali Acer kerana mereka menawarkan produk PC dan teknologi umum, manakala ramai orang tahu Jepun adalah negara canggih tetapi itu tidak bermakna negara itu terbiasa dengan aktiviti PC gaming.
Ini memberi lebih banyak peluang untuk Acer, di mana Andrew bercakap mereka boleh memanfaatkan kekuatan syarikat melalui pemasaran yang lebih fokus. Dia memetik siri Chromebook, produk monitor dan SpatialLabs sebagai contoh-contoh dengan minat yang semakin bertambah.
“Trend menunjukkan bahawa PC sedang meningkat, jadi kami akan terus melabur dalam liga untuk memperkasakan kehadiran kami.”
kata Andrew Hou.
Antara sebab kenapa minat dalam PC semakin meningkat adalah semasa pandemik, di mana keadaan dunia mengharuskan ramai orang untuk bekerja di rumah. Bukan setakat itu sahaja, orang ramai yang tidak dapat memperoleh konsol terkini seperti PS5 juga harus mencari alternatif lain untuk bermain game, maka PC menjadi solusi.
Ditambah lagi dengan trend “ported PC game” yang semakin kerap oleh syarikat penerbit di seluruh dunia – terutamanya penerbit Jepun, pemain PC kini dapat merasa pelbagai jenis game eksklusif seperti Horizon Zero Dawn, God of War oleh Sony Interactive Entertainment dan Persona 5 Royal oleh ATLUS.
Itu hanya sedikit contoh sedangkan ada banyak game baharu yang diadaptasikan daripada konsol ke PC tetapi ia jelas menunjukkan platform PC semakin popular.
Topik kembali ke adegan e-sukan dan mengapa Acer memilih Jepun sebagai tuan rumah Asia Pacific Predator League 2022 Grand Finals di Jepun, lagi-lagi kerana Dota 2 tidak begitu popular di sana? Andrew mendedahkan itu sebenarnya sebahagian daripada rancangan mereka, untuk memberi impak Dota 2 yang lebih besar pada negara tersebut, selepas menyedari kehadiran game itu di Jepun agak minimum.
Menang atau kalah, langkah pertama adalah paling penting!
Bagi aspek kejohanan, buat masa ini mereka tidak ada rancangan untuk mempunyai tempoh playoff yang panjang bagi Predator League Finals. Tumpuan utama masih adalah untuk meningkatkan penglibatan tempatan.
Kejohanan serantau boleh diperluaskan untuk mencari yang terbaik daripada yang terbaik daripada kumpulan bakat negara, dan mereka akan berhadapan dengan rakan sebaya untuk hujung minggu yang intensif.
kata Andrew Hou.
Pada masa yang sama, Andrew turut berbincang tentang pasaran game mobile. Dia membuka kemungkinan bahawa game yang ditampilkan dalam kejohanan boleh berubah pada masa depan, bergantung pada perkembangan industri.
Ini akan menjadi cabaran apabila serantau menampilkan banyak game berbeza sekali gus. Keputusan tentang game apa yang bakal hadir dan lokasi acara ditentukan oleh undian dalaman, jadi siapa tahu apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan?
Saya ingin berterima kasih kepada Andrew Hou atas perkongsiannya tentang bagaimana Acer dan Predator League akan maju pada masa depan. Harap-harap, orang ‘biasa’ seperti kami dan peminat e-sukan akan mempunyai peluang masing-masing untuk mengambil bahagian dalam ekosistem gaming yang semakin berkembang.
Untuk membaca segala liputan kami tentang acara Asia Pacific Predator League 2022 Grand Finals termasuk info siaran, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post