Baru-baru ini, Acer telah mengumumkan ketibaan Predator Triton 500. Laptop yang kuat ini beratnya hanya 2.1 KG sahaja, anda tak perlu risau dengan saiz laptop tersebut kerana ianya muat dengan bag yang biasa. Predator Triton 500 ini juga mempunyai bateri yang boleh tahan sehingga 8 jam, ianya pilihan terbaik bagi kaki gamer!
Predator Triton 500 ini juga mampu memberikan prestasi pengguna yang kuat, dengan adanya siri NVIDIA GeForce RTX 20 dan mempunyai intel Core Processor yang terbaru lagi sesuai dengan Predator Triton 500, Dengan reka bentuk Bezel yang nipis, dan skrin 15.6 IPS Full HD yang memastikan paparan yang jelas lagi nyata bagi setiap pengguna.
Bukan itu sahaja, ianya juga mempunyai Aeroblade 3D Generasi ke-4 yang meningkatkan aliran udara sebanyak 45%, dan pengurangan bunyi sebanyak 35% yang memberikan anda prestasi yang terbaik bagi pengguna Predator Triton 500. Papan Kekunci dalam Predator Triton 500 pula, ada mempunyai 3 zon RGB papan kekunci yang boleh diubah! Ada kekunci Turbo yang memberikan penggunaan prestasi yang tertinggi dalam Predator Triton 500, dan ianya ada juga PredatorSense yang memberikan pengguna untuk mengubah pencahayaan kekunci mereka.
Bagi sesiapa yang beli Predator Triton 500 bermula sekarang hingga 4 April 2019 akan layak untuk dapatkan game sama ada Battlefield V, Metro Exodus ataupun Anthem. Berikut adalah harga berikut:-
- The 8th Gen Intel core i5, NVIDIA GeForce RTX 2060, 16GB RAM (Dual Channel) and 512 GB (256GB x 2 RAID 0 config) PCle NVMe SSD berharga RM6,799
- The 8th Gen Intel core i7, NVIDIA GeForce RTX 2060, 16GB RAM (Dual Channel) and 512 GB (256GB x 2 RAID 0 config) PCle NVMe SSD berharga RM7,599 (Akan mula jual pada bulan April)
- The 8th Gen Intel core i7, NVIDIA GeForce RTX 2070, 16GB RAM (Dual Channel) and 512 GB (256GB x 2 RAID 0 config) PCle NVMe SSD berharga RM8,699 (Akan mula jual pada bulan April)
Untuk maklumat lebih tentang Predator Triton 500 ini, boleh pergi ke Facebook Page Acer Malaysia tentang Predator Triton 500!
@gamersantaimy
Discussion about this post