Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bloodborne Mobile palsu, hanya dikeluarkan untuk tipu orang ramai!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 26, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Game, PS4
0 0
0
Bloodborne Mobile palsu, hanya dikeluarkan untuk tipu orang ramai!
Share on FacebookShare on Twitter

Sama seperti Sony yang mungkin memberi harapan kepada para peminat Bloodborne bahawa francais ini masih wujud, sesuatu yang pelik telah terjadi di Australia apabila Australian Classification Board menilai Bloodborne Mobile kepada G – General. Ianya nampak pelik kerana game seperti Bloodborne sudah pasti tidak boleh dimainkan dengan baik di mobile dan sudah terbukti ianya adalah palsu.

Sony baru-baru ini telah menyiarkan gambar Bloodborne yang di zoom pada key art dan ramai mengharap agar Sony membuat pengumuman untuk game tersebut. Peminat telah meminta sekuel Bloodborne atau versi remaster yang mungkin dikeluarkan untuk PC dengan ciri-ciri game 60 fps dan untuk platform PS5. Malangnya Sony tidak menghiraukan permintaan mereka. Malah, Sony telah memadam gambar tersebut tidak lama selepas peminat meminta butiran terperinci.

Australian Classification Board telah menilai Bloodborne Mobile pada 23 Oktober lalu dan dengan perlahan berita tentang game palsu tersebut tersebar pada 25 Oktober. Ia mungkin akan mula berkurangan hari ini, tetapi yang paling penting ialah game ini kononnya dibangunkan oleh Rock Great Games.

Buat masa ini hanya Sony yang memegang IP Bloodborne, secara teori mungkin ada kena mengena dengan francais tersebut tanpa campur tangan syarikat FromSoftware yang sedang sibuk dengan DLC Elden Ring dan tiada masa untuk fikir tentang Bloodborne. Sudah pasti para peminat tidak akan suka dengan berita ini tetapi Sony boleh menugaskan studio lain untuk bangunkan Bloodborne versi mobile.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang pernah dengar tentang Rock Great Games dan tidak mungkin Sony akan memberi IP mereka kepada studio kecil. Tambahan pula, kami cuba mencari info tentang syarikat itu tetapi tiada sebarang maklumat untuk Rock Great Games dan syarikat ini sebenarnya tidak wujud.

Tidak pasti apa yang sudah berlaku tetapi ianya seperti satu penipuan dengan mengambil kesempatan kepada peminat Bloodborne dengan cara begini hanya untuk membuat kecoh adalah tidak baik.

Ramai yang berharap pada Sony dan FromSoftware untuk melakukan sesuatu untuk Bloodborne kerana mereka menganggap Bloodborne merupakan game terbaik untuk generasi PS4. Daripada apa yang peminat mahukan, Bloodborne Mobile tidak akan termasuk dalam senarai itu.

Ini adalah sinopsis game Bloodborne:

Bloodborne adalah sebuah game action RPG yang dibangunkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Sony untuk PlayStation 4.

Bloodborne terjadi di Kota Yharnam yang diilhamkan pada zaman Gothic – Victoria di mana penduduknya menghidap penyakit blood-borne. Demi mencari punca penyakit tersebut, pemain akan merungkai misteri kota itu sambil melawan makhluk dan binatang kosmik.

Bloodborne kini tersedia hanya untuk PlayStation 4 sahaja. Jika anda ingin baca liputan tentang game, anime dan banyak lagi, boleh ikuti Gamer Santai.

Tags: BloodborneBloodborne MobilefromsoftwareSony
Previous Post

Black Adam: Apa jadi di penamat & post-credit? [Spoiler]

Next Post

Senarai guru-guru Naruto yang mengajarnya sehingga menjadi Hokage!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Senarai guru-guru Naruto yang mengajarnya sehingga menjadi Hokage!

Senarai guru-guru Naruto yang mengajarnya sehingga menjadi Hokage!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd