gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Acara

[BlizzConline 2021] Perubahan terbesar Diablo 2: Resurrected dijelaskan dalam video baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2021
in Acara, Artikel, Battle.net, Berita, MMO, Pameran/Expo, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series S, Xbox Series X
0 0
0
[BlizzConline 2021] Perubahan terbesar Diablo 2: Resurrected dijelaskan dalam video baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard secara rasmi mengumumkan Diablo 2: Resurrected  semasa acara BlizzConline semalam. Bagi mereka yang tidak tahu, Diablo 2: Resurrected adalah remaster kepada game asli, yang termasuk expansion terkenal “Lords of Destruction.” Walaupun ini adalah remaster, nampaknya beberapa perubahan besar akan dibuat. Ini dijelaskan pada video di bawah:

Perubahan terbesar yang dibuat oleh Vicarious Visions untuk Diablo 2 adalah pada visual permainan. Sejenis “3D renderer” baru untuk bahagian grafik telah dibina di atas logik dan gameplay teras Diablo 2 asli, yang membolehkan pasukan untuk menggantikan semua aset dengan tekstur dan model 3D moden. Selain itu, teknologi juga menerima kemas kini supaya pasukan dapat menggunakan pencahayaan 3D dinamik dan beberapa aset perisai dan barangan telah diperbaharui agar lebih menyerupai ikon inventori mereka.

Sanctuary has never burned brighter.

All cinematics and graphics have been remastered with the original game in mind, including the option to play as it originally appeared. #DiabloII pic.twitter.com/lTETog7lGk

— Diablo (@Diablo) February 20, 2021

Perubahan terbesar kedua adalah berkaitan dengan ciri multiplayer Diablo 2: Resurrected. Cara ia berfungsi dalam permainan masih sama tetapi Vicarious Visions akan menggunakan teknologi moden Battle.net untuk memperbaiki semua struktur Diablo 2. Ini bermaksud ia akan menerima penambah baikan di lobi, pencarian server yang lebih baik, server global dan bukannya US West atau US East, carta musim yang lebih lancar, dan teknologi anti-cheat.

Never has the sight of your enemies dying been quite so beautiful. #DiabloII pic.twitter.com/Cr02SHsmde

— Diablo (@Diablo) February 20, 2021

Banyak perubahan lain juga telah dibuat untuk Diablo 2: Resurrected di konsol. Ini disebabkan oleh batasan gamepad sedangkan game ini pada asalnya direka khusus untuk papan kekunci dan tetikus. Perubahan ini termasuk kawalan abiliti yang lebih spesifik (seperti jarak teleportasi dan lompatan yang ditetapkan) kerana gamepad susah untuk membidik dengan cepat.

Diablo 2: Resurrected akan dikeluarkan pada tahun ini untuk PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One, dan Xbox Series X. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Diablo II: Resurrected
Publisher: Blizzard Entertainment
Developer: Vicarious Visions
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Diablo II: Resurrected adalah remaster untuk permainan Diablo II asli. Ia akan dilancarkan di platform Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Windows, Xbox One, dan Xbox Series X dan Series S pada tahun 2021.
Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: BlizzardBlizzConline 2021Diablo 2: ResurrectedmultiplayerVicarious Visions
Previous Post

[BlizzConline 2021] Overwatch 2 mengumumkan peta New York dan Rom!

Next Post

[BlizzConline 2021] Hearthstone mengumumkan expansion Forged in the Barrens & rancangan Year of the Gryphon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Temu ramah Eksklusif pelakon dan pengarah produksi filem Mortal Kombat di Aussie!
Artikel

Temu ramah Eksklusif pelakon dan pengarah produksi filem Mortal Kombat di Aussie!

March 4, 2021
[Kerjaya] Game artist, multimedia artist, banyak lagi jawatan kosong di XII Braves Singapura!
Artikel

[Kerjaya] Game artist, multimedia artist, banyak lagi jawatan kosong di XII Braves Singapura!

March 3, 2021
Razer Devcon 2021, Persidangan untuk Pembangun telah Diumumkan
Acara

Razer Devcon 2021, Persidangan untuk Pembangun telah Diumumkan

March 3, 2021
Next Post
[BlizzConline 2021] Hearthstone mengumumkan expansion Forged in the Barrens & rancangan Year of the Gryphon!

[BlizzConline 2021] Hearthstone mengumumkan expansion Forged in the Barrens & rancangan Year of the Gryphon!

Discussion about this post

Facebook Kami

ANIME

Pra-pesan figura eksklusif S.H. Figuarts Super Saiyan Son Goku Clone bernilai RM150 sekarang!

Pra-pesan figura eksklusif S.H. Figuarts Super Saiyan Son Goku Clone bernilai RM150 sekarang!

by Razin Syafiq
March 2, 2021
0

Saya ada berita baik untuk semua peminat Dragon Ball hari ini kerana Tamashii Nations telah mendedahkan sebuah figura eksklusif baru,...

Peminat DOTA! Netflix mendedahkan Trailer Rasmi & Debut Seni Watak DOTA: DRAGON’S BLOOD

Peminat DOTA! Netflix mendedahkan Trailer Rasmi & Debut Seni Watak DOTA: DRAGON’S BLOOD

by Nyny.A
March 2, 2021
0

Wahai peminat DOTA 2 dan peminat anime! Masih ingat awal Februari lalu Netflix ada tayangkan teaser anime DOTA terbaru mereka?...

Digimon Adventure mendedahkan perincian Lagu Tema Akhir yang baru!

Digimon Adventure mendedahkan perincian Lagu Tema Akhir yang baru!

by Nyny.A
March 1, 2021
0

Digimon Adventure telah mendedahkan butiran untuk lagu tema akhir seterusnya! Taichi dan DigiDestined yang lain kini berjalan melalui Eternal Continent...

Filem Evangelion 3.0+1.0 akan membuka tayangan pada awal Mac 2021 di Jepun!

Filem Evangelion 3.0+1.0 akan membuka tayangan pada awal Mac 2021 di Jepun!

by Razin Syafiq
March 1, 2021
0

Evangelion 3.0+1.0: Thrice Upon A Time adalah bab terakhir dalam siri "Rebuild of Evangelion", tetapi malangnya bagi peminat, filem anime...

  • Tentang Kami
  • Sertai Gamer Santai
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In