[BlizzConline 2021] Hearthstone mengumumkan expansion Forged in the Barrens & rancangan Year of the Gryphon!

Sebuah expansion baru telah diumumkan untuk Hearthstone di BlizzCon 2021. Diberi nama Forged in the Barrens, expansion ini akan memulakan tahun baru penuh dengan kandungan unik, yang akan dikenali sebagai Year of the Gryphon.

Berita ini datang selepas pendedahan Classic Mode untuk permainan. Dalam mod ini, pemain hanya boleh menggunakan set kad asas, di mana kad-kad tersebut akan kembali kepada penampilan pertama dalam permainan.

Kembali kepada topik utama, expansion Forged in the Barrens akan menambah mod baru bernama Hearthstone Mercenaries, yang menampilkan “gameplay RPG strategik dan misi roguelike.” 10 “Legendary Mercenary” minion juga akan diperkenalkan dan masing-masing akan menceritakan kisah mereka sendiri melalui mod tersebut dan di tempat lain.Dalam Hearthstone Mercenaries, pemain akan mengumpulkan sebuah pasukan tentera sebelum memulakan siri pertarungan yang dihasilkan secara rawak, di mana tentera ini dapat meningkat level dan berevolusi. Pada masa yang sama, terdapat juga mod PVP.Sebuah fitur baru bernama Spell Schools juga diperkenalkan, yang akan meletakkan “spell card” lama dan baru dalam salah satu daripada tujuh kumpulan berbeza, serta menambahkan sinergi pada koleksi pemain. Selain itu, Blizzard telah roadmap di bawah untuk Year of the Gryphon dan ia dibahagikan kepada 3 fasa.

Di samping itu, expansion Forged in the Barrens telah menambah keyword baru untuk minion bernama Frenzy. Frenzy akan aktif apabila sebuah kad terselamat selepas diserang buat pertama kalinya. Keyword Frenzy milik Razormane Raider akan menyerang musuh secara rawak, manakala keyword Frenzy milk Blademaster Samuro akan melakukan damage yang sama kepada semua musuh.

Hearthstone kini tersedia untuk PC dan peranti mudah alih. Untuk segala liputan kami tentang BlizzConline 2021, sila tekan pautan ini.

Hearthstone
Developer: Blizzard Entertainment
Release Date: 2013-03-11
Microsoft Windows
Hearthstone adalah permainan kad koleksi digital secara percuma dikembangkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Pada asalnya subjudul Heroes of Warcraft, Hearthstone membina siri Warcraft yang sedia ada dengan menggunakan unsur-unsur, watak-watak dan peninggalan yang sama.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.