Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bintang Internet Jadi Tarikan Utama Game ‘Island of Hearts’, Turut Dibintangi Miss Puiyi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2025
in Artikel, Berita, PC, Romantic, Steam
0 0
0
Bintang Internet Jadi Tarikan Utama Game ‘Island of Hearts’, Turut Dibintangi Miss Puiyi
Share on FacebookShare on Twitter

4Divinity dan Titan Digital Media telah mendedahkan Island of Hearts, sebuah game pengembaraan aksi-langsung yang interaktif. Akan membuat pelancaran pada 2026, game ini menjemput pemain untuk menerokai dunia romantik bersama enam wanita, yang dilakonkan oleh barisan personaliti internet terkenal.

Dalam Island of Hearts, pemain akan memegang peranan utama dalam penceritaan imersif dari sudut first-person, di mana setiap interaksi dan pilihan akan membentuk takdir mereka.

Naratifnya mencabar pemain untuk membina kepercayaan, mengeratkan hubungan, atau berdepan risiko patah hati dengan enam wanita di pulau tersebut: Emily, Mia, Sophia, Lily, Chloe, dan Gabby. Setiap watak mempunyai daya tarikan, rahsia dan kisah tersendiri untuk dibongkarkan.

Gameplay bukan sekadar pilihan dialog semata-mata. Pemain akan mencari klu, meneroka persekitaran, dan bermain minigame untuk memajukan jalan cerita serta membuka babak-babak tersembunyi.

Dengan naratif bercabang, pelbagai pengakhiran, dan babak rahsia, pihak pembangun menjanjikan pengalaman yang boleh dimainkan semula berkali-kali di mana setiap keputusan adalah penting.

Pengalaman sinematik ini dijayakan oleh beberapa pencipta kandungan paling popular di Asia. Barisan pelakon yang telah disahkan termasuklah Siew Pui Yi, Debbie Wee, Nahyun Kim, Baby G, Ayako Ogawa, dan Leah Usami. Pihak pembangun juga mengusik bahawa lebih banyak kemunculan istimewa masih dirahsiakan buat masa ini.

Para peminat akan mendapat peluang pertama untuk bermain Island of Hearts di acara akan datang iaitu gamescom asia x Thailand Game Show 2025, yang akan diadakan dari 16 hingga 19 Oktober di Bangkok. Satu demo eksklusif akan tersedia untuk dicuba di reruai 4Divinity.

Selain itu, beberapa orang pelakon juga akan hadir di acara tersebut untuk sesi bertemu peminat yang istimewa.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, satu demo yang boleh dimainkan akan dikeluarkan secara digital di Steam bermula 15 Oktober, membolehkan khalayak global merasai pengalaman awal pengembaraan ini dari rumah.

Laman Steam untuk Island of Hearts kini telah dibuka untuk ‘wishlist’.

Tags: Island of Hearts
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Ratatan (Early Access) – Legasi Patapon Bergema Semula

Next Post

Reviu Little Nightmares III – Berdua Lebih Baik, Tetapi Adakah Lebih Menakutkan?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Next Post
Reviu Little Nightmares III – Berdua Lebih Baik, Tetapi Adakah Lebih Menakutkan?

Reviu Little Nightmares III - Berdua Lebih Baik, Tetapi Adakah Lebih Menakutkan?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd