Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Ratatan (Early Access) – Legasi Patapon Bergema Semula

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2025
in Action, Artikel, Berita, Game Review, Muzik, PC, Review, Steam
0 0
0
Reviu Ratatan (Early Access) – Legasi Patapon Bergema Semula
Share on FacebookShare on Twitter

Pernahkah anda terbayang apa yang akan terjadi jika formula klasik Patapon digabungkan dengan elemen roguelike moden yang penuh cabaran? Inilah yang dibawakan oleh Ratatan, game terbaharu daripada pencipta asal Patapon – Hiroyuki Kotani.

Walaupun legasinya begitu besar, versi Early Access ini menjadi bukti bahawa Ratatan bukan sekadar meniru formula lama, tetapi cuba membina identitinya sendiri—meskipun perjalanannya masih lagi berliku.

Kumpulkan Skuad, Ikut Rentakmu

Kredit: Ratata Arts

Anda sebagai pemain mengawal makhluk aneh seperti haiwan dipanggil Ratatan yang hidup gembira bersama rakan-rakannya di sebuah pulau bernama Rataport.

Walaupun penampilan dan personaliti mereka berbeza, mereka berkongsi impian yang sama, iaitu untuk pergi ke “The Everafter” dan bertemu “The Goddess” yang dikatakan tinggal di sana. Sebagai wira yang membawa harapan semua, para Ratatan memulakan perjalanan ke The Everafter.

Tidak kira berapa kali mereka gagal, mereka tidak akan berputus asa dan terus mengimpikan untuk bertemu dengannya suatu hari nanti.

Kredit: Ratata Arts

Ada lapan ketua Ratatan untuk dipilih, masing-masing dengan visual, suara, statistik, dan pasif yang unik yang akan mencorakkan pendekatan anda. Sebagai contoh, Pyokorappa meningkatkan serangan biasa dengan ‘Perfect Input’, manakala Mashuma meningkatkan damage daripada efek status.

Ciri-ciri ini mendorong anda ke arah strategi yang berbeza dan menjadikan pilihan ketua sesuatu yang penting.

Kredit: Ratata Arts

Ketua Ratatan memerintah unit Cobun menggunakan Melodium mereka (sejenis alat muzik). Cobun memainkan peranan yang berbeza seperti Soldier (askar jarak dekat), Ranger (pemanah jarak jauh), atau Bombardier (pengebom), masing-masing dengan Hustle Tech mereka sendiri, iaitu Enhanced Attack atau secara asasnya, sebuah Skill.

Bukan setiap Ratatan boleh memerintah setiap kelas: Kamonelo terhad kepada unit Magical dan Mauler, manakala Harringtan hanya boleh memimpin unit Pikes dan Soldiers. Ini mewujudkan taktiks semasa pembinaan skuad dan menentukan sinergi antara pasif ketua dan kelas Cobun.

Menari Mengikut Rentak Pertarungan

Kredit: Ratata Arts

Combat Ratatan dibina berasaskan irama, tetapi berbanding Patapon, ia menambah lapisan aksi yang baharu. Anda mengawal seorang Hero Ratatan yang bergerak bebas di medan perang, manakala Cobun diperintahkan untuk menyerang atau mengelak dengan melompat atau dengan mengikut anda.

Anda boleh memasukkan arahan dengan menekan susuan irama yang betul mengikut rentak muzik seperti game rhythm. Jika anda terlepas atau memasukkan susunan yang salah, Cobun anda tidak akan berbuat apa-apa dan terdedah kepada serangan.

Satu pusingan akan tamat apabila Ratatan anda mati, manakala Cobun boleh hidup semula, jadi kelangsungan hidup ketua adalah sangat penting.

Kredit: Ratata Arts

Ada dua jenis input, ‘Default’ atau ‘Advance’. Default hanya mempunyai kombinasi mudah dan sehingga 3 input setiap arahan untuk setiap tindakan dengan rentak yang berbeza, contohnya pada controller, X X X untuk Attack, atau X Berhenti X untuk Guard.

Manakala Advance mempunyai sehingga 4 input setiap arahan, kadangkala dengan beberapa butang, seperti B B X untuk Attack atau B Berhenti B B untuk Guard. Ini hanya bergantung pada pilihan anda.

Kredit: Ratata Arts

Bahagian aksi menjadi lebih jelas apabila kita melawan Boss.

Mereka melancarkan serangan darat yang memaksa anda melompat, atau mungkin serangan bertubi-tubi yang memaksa anda berfikir tentang posisi dengan arahan ‘Fall In’ dan mereka mempunyai banyak serangan sebegini, jadi anda perlu sentiasa berwaspada dan elakkan daripada memasukkan arahan yang salah.

Sesetengah serangan perlu ‘Guard’ atau dengan ‘Moving Position’, manakala sesetengahnya akan menghukum anda jika anda tidak melompat.

Kredit: Ratata Arts

Ketepatan masa irama dinilai sebagai Just (Perfect), Good, atau Miss. Melakukan input Just akan mencetuskan ‘Just Judgement’, memberikan bonus seperti pemulihan MP, peningkatan serangan, atau pengurangan kos Hustle Tech.

Menekan arahan dengan berjaya akan mengisi Tension Gauge, dan pada 100% anda akan memasuki ‘Fever Mode’, yang meningkatkan damage dan mengubah muzik dengan penambahan instrumen dan vokal, menjadikannya terasa lebih mengujakan.

Beralih ke skema kawalan Advance menjadikan irama lebih dinamik dan lebih mirip dengan Patapon, walaupun dalam pengalaman kami, penurunan prestasi dan input yang tidak responsif kadangkala boleh mengganggu kelancaran, dan ia lebih ketara dalam input Advance.

Setiap Pusingan, Satu Cabaran Baharu

Kredit: Ratata Arts

Setiap pusingan berfungsi seperti sebuah roguelike, di mana anda melepasi peringkat, memilih pintu dan buff, dan mara lebih jauh untuk menentang boss dengan harapan untuk melengkapkan pusingan tersebut. Mod multiplayer adalah tarikan utama apabila kami dapat mencubanya. Ada sistem matchmaking dan lobi jemputan.

Pemain mengundi pintu untuk menentukan laluan, dan jika seseorang tewas, mereka boleh dihidupkan semula secara manual atau automatik selagi skuad berjaya melepasi bilik itu, dan mereka tidak akan terlepas ganjaran bilik.

Namun, mod multiplayer sebenarnya menjadikannya lebih sukar untuk melihat apa yang sedang berlaku kerana visual yang huru-hara. Ini boleh menjadi baik kerana ia nampak sangat menyeronokkan, tetapi juga buruk kerana anda tidak akan sedar apa yang menyerang anda sehingga anda mati.

Kredit: Ratata Arts

Selepas setiap bilik selesai, anda akan memilih ganjaran bilik seterusnya seperti nyawa, mata wang, kedai, pertarungan dengan musuh istimewa, atau kad Ratakaruta. Kad-kad ini berfungsi sebagai buff sementara, seperti meningkatkan elemen, atau bahkan mencipta sinergi antara satu sama lain, dan ia akan ditetapkan semula pada akhir pusingan.

Kredit: Ratata Arts

Selepas melepasi beberapa bilik, anda akan memasuki bilik boss, dan jika dapat mengalahkan mereka, anda akan menamatkan ‘World’ itu dan beralih ke dunia seterusnya, dengan visual, suasana, dan kadangkala musuh asas yang berbeza.

Kelemahannya, setiap pusingan sentiasa bermula di peta yang sama, yang menjejaskan variasi, dan lonjakan tahap kesukaran dari World 1 ke World 2 terasa mendadak. Tetapi saya rasa ini adalah satu kompromi untuk versi Early Access.

Buat masa ini, hanya ada sehingga World 5 yang boleh anda terus mainkan, masing-masing dengan suasana dan boss yang unik.

Kredit: Ratata Arts

Satu lagi kelainan menyeronokkan ialah lobi multiplayer itu sendiri. Daripada ciri chat atau nama sebenar anda, ia hanya memaparkan nama Ratatan anda, dan pemain berkomunikasi melalui melodi, saling berbalas irama.

Anda tidak pernah tahu siapa sebenarnya di seberang sana, tetapi pertukaran yang suka-suka ini menjadikan mod tersebut terasa unik dan sosial. Kelemahannya pula, mod multiplayer dan matchmaking memerlukan anda kembali ke menu utama untuk memulakannya, dan ini amat menjengkelkan.

Membina Kekuatan Untuk Pusingan Seterusnya

Kredit: Ratata Arts

Di luar pusingan, Ratatan menawarkan sistem crafting dan naik taraf sebagai matlamat jangka panjang. Anda boleh cipta senjata baharu, menguatkan senjata, dan menggunakan mata wang untuk mendapatkan buff kekal. Semua bahan ini datang daripada ganjaran bilik, atau bahkan daripada boss.

Boss bukan sahaja menjatuhkan bahan untuk mencipta senjata, malah mereka juga boleh menjatuhkan senjata unik mereka secara terus, menjadikannya kejutan yang menarik bagi mereka yang suka grinding.

Anda juga mendapat loot senjata biasa atau ‘bahan asas’ dari larian untuk digunakan sebagai bahan naik taraf bagi senjata rare/ciptaan anda atau mungkin sebagai pengganti sementara sehingga anda mendapat yang lebih baik.

Kredit: Ratata Arts

Kitaran ini terasa memuaskan kerana anda dapat melihat Cobun anda menggunakan barangan yang semakin baik setiap kali, malah Cobun daripada Ratatan yang tidak anda gunakan berpotensi mendapat barang rare yang membuatkan anda ingin mencubanya.

Tetapi, menguruskan pelbagai mata wang dan menavigasi menu yang kekok sedikit sebanyak melambatkan rentak gameplay.

Isu utama ialah naik taraf tidak boleh dilakukan terus dari skrin skuad, sebaliknya anda perlu membuka ‘Crafting Screen’ dan sukar untuk tahu senjata mana yang sedang dipakai dan yang anda ingin naik taraf, lalu menambahkan kesukaran yang tidak perlu.

Pesona Seni yang Riuh-Rendah

Kredit: Ratata Arts

Ratatan berjaya menangkap gaya seni unik dan aneh Kotani. Saya sangat suka betapa berwarna-warni dan kaya visualnya, malangnya persembahannya sering kelihatan kabur pada skrin 1440p walaupun saya telah menetapkan tetapan ke tahap maksimum, dan ‘kejatuhan prestasi’ juga sering berlaku.

Kredit: Ratata Arts

Ini kadangkala menjadi lebih teruk dengan efek visual dalam mod multiplayer yang boleh menjadi terlalu sarat, menjadikannya sukar untuk melihat penanda serangan dan menyebabkan kekeliruan dalam pertempuran huru-hara seperti yang saya sebutkan sebelum ini (yang juga kadangkala menjejaskan prestasi).

Walau bagaimanapun, runut bunyinya sangat mantap dan mengekalkan tenaga yang tinggi walaupun visualnya sedikit lemah.

Pendapat

Ratatan jelas dibina dengan penuh cinta terhadap akar umbi aksi-rhythm Patapon, tetapi ia juga cuba mengembangkan formula tersebut menjadi sesuatu yang baharu.

Struktur roguelike, variasi binaan watak, dan elemen multiplayer adalah langkah-langkah ke hadapan, memberikan kebolehan untuk dimainkan semula tanpa had jika pemain sangat menyukai game ini. Apabila semuanya berjalan lancar, game ini terasa sungguh ajaib.

Tetapi detik-detik itu sering diganggu oleh kelemahan-kelemahan yang ketara: penurunan prestasi, UI yang tidak jelas, tahap kesukaran yang tidak konsisten, dan keserabutan visual yang boleh merosakkan satu pusingan hebat, yang diharapkan akan diperbaiki apabila game ini keluar dari Early Access nanti.

Kredit: Ratata Arts

Namun, ada asas yang solid di sini. Sistem ketua dan Cobun adalah bijak, kitaran gameplay terasa memuaskan, dan seni serta muziknya membawa pesona yang tidak dapat disangkal.

Ia belum lagi menjadi game gemilang yang diharapkan oleh peminat, BUAT MASA INI, tetapi ia cukup hampir untuk membuat saya teruja dengan potensi versi penuhnya, jika pihak pembangun berjaya menggilap apa yang sedia ada.

Kredit: Ratata Arts

Game ini tersedia secara Early Access di PC (Steam).Pelancaran penuh akan diikuti untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Switch, dan platform PC lain. Maklumat lanjut boleh didapat di laman web rasmi.

The Review

Ratatan

8 Score

Ratatan, waris spiritual kepada siri Patapon, mempamerkan potensi yang amat besar dalam versi Ear. Permainan ini berjaya menggabungkan formula arahan berasaskan irama yang ikonik dengan elemen roguelike moden, untuk menawarkan sistem combat, dan muzik yang dinamik dan cemerlang. Walau bagaimanapun, pengalaman ini masih dibelenggu oleh isu-isu lazim seperti masalah prestasi, visual yang serabut semasa pertempuran sengit, dan UI yang kurang kemas. Meskipun kelemahan ini, Ratatan mempunyai asas yang sangat kukuh dan menjanjikan pengalaman yang seronok, terutamanya bagi peminat siri asalnya, dengan harapan besar ia akan digilap menjadi sebuah karya klasik apabila dilancarkan sepenuhnya kelak.

PROS

  • Bentuk moden Ratatan yang akan memuaskan hati peminat dengan gameplay yang sangat dikenali tetapi lebih dikemas kini
  • Combat berentak irama dengan sistem Perfect Input yang memuaskan
  • Lapan ketua unik yang mengubah gaya permainan dan sinergi, memberikan lebih banyak variasi
  • Kitaran roguelike yang menyeronokkan dengan ganjaran dan naik taraf yang bermakna
  • Muzik cemerlang yang berkembang secara dinamik dalam pertempuran
  • Hala tuju seni menawan yang menangkap gaya khas Kotani

CONS

  • Penurunan prestasi yang kerap, terutamanya dalam mod multiplayer dengan keserabutan visual yang menyukarkan kita untuk mengesan serangan
  • Menu dan sistem naik taraf senjata yang kekok
  • Peta awal yang berulang-ulang dan lonjakan tahap kesukaran yang mendadak
  • Visual kabur walaupun pada resolusi tinggi yang menjejaskan potensi game

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Ratatan
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS25] Artisan Studios Jelaskan ‘Lost Hellden,’ JRPG Di Mana Menentang Seven Deadly Sins Adalah Soal Hidup & Mati

Next Post

Bintang Internet Jadi Tarikan Utama Game ‘Island of Hearts’, Turut Dibintangi Miss Puiyi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Bintang Internet Jadi Tarikan Utama Game ‘Island of Hearts’, Turut Dibintangi Miss Puiyi

Bintang Internet Jadi Tarikan Utama Game 'Island of Hearts', Turut Dibintangi Miss Puiyi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd