Sony hari ini telah melancarkan Doom 3 VR Edition yang memberikan pemain merasai pengalaman memburu iblis eksklusif di PlayStation VR. Awal bulan ini, Microsoft mengumumkan mereka akhirnya telah selesai mengambil alih Bethesda, menyerap semua studio dan IPnya seperti Fallout dan Doom.
Di samping itu, permainan action-horror shooter ini adalah port PlayStation VR dari Doom 3, yang dilancarkan pada PC pada tahun 2004 dan Xbox pada tahun 2005. Port VR ini berdasarkan remaster yang dikeluarkan pada Nintendo Switch, PS4, Xbox One dan PC pada tahun 2019.
Tambahan pula, Sony juga turut melancarkan trailer pelancaran untuk permainan ini di Youtube mereka. Anda boleh mendapatkan permainan VR ini dengan harga RM79.00. Ia mengandungi pengembangan Resurrection of Evil dan The Lost Mission yang dibina semula untuk alat VR Sony. Ia juga menawarkan lebih dari 15 jam kandungan menembak di VR dan juga boleh dimainkan dengan pengawal PlayStation Aim.
Peminat VR di PC dapat memainkan Doom 3 VR melalui sokongan mod rasmi. Permainan ini serasi dimainkan di PS5, namun PSVR memerlukan penggunaan adapter PlayStation Camera yang boleh didapati dari Sony. Ianya juga mesti dimainkan menggunakan DualShock 4 dan bukannya controller DualSense PS5.
Senjata di Doom 3 VR Edition mempunyai sektor grafik dan bunyi yang diperbaharui sepenuhnya. Setiap senjata telah disempurnakan untuk menyokong sepenuhnya pergerakan VR, dengan visual yang lebih hebat dan perincian resolusi yang lebih tinggi.
Selain itu, kesan bunyi dari semua senjata juga telah ditingkatkan dari segi kualiti, kelantangan dan kekuatannya. Dengan menggunakan kawalan dan reka bentuk ergonomik DualShock 4, anda boleh menukar senjata dan bom tangan dengan selesa bagi memastikan anda kekal bertahan dalam permainan ini.
Korang dah sedia nak tembak iblis guna VR lepasni? Jangan lupa untuk dapatkan maklumat terkini dan berita mengenai PlayStation dari kami dengan menekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post