Siapa sangka kami sendiri berpeluang untuk bermain sebuah permainan yang tengah menjadi top games di laman You Tube iaitu Man of Medan! Jadi hari ini kami akan berkongsikan sedikit~ Sedikit sahaja tangapan pertama kami bermain permainan ini sebelum hari pelancaranya esok 30 Ogos 2019! Permainan yang dikeluarkan oleh Bandai Namco Entertainment ini adalah hasil dari pasukan produksi permainan Until Dawn iaitu Supermassive Games. Ianya akan hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.
Jadi sebelum kita mulakan awal pengembaraan kami didalam Man of Medan, saksikan treler nya dahulu;
Jom kami mulakan dengan pengenalan permainan. Man of Medan mengisahkan penceritaan 5 rakan dimana mereka bercuti dengan trip menyelam. Mereka telah pergi ke satu kawasan terlarang, dan menyelam disitu sehingga satu kejadian buruk terjadi selepas ribut melanda, percutian mereka menjadi bencana! Permainan ini menempatkan pemain kedalam sebuah kapal hantu dan disitulah bermula pengembaraan kami~
Yang menariknya permainan ini membenarkan kami bermain sehingga 5 pemain dan boleh bermain sebagai kelima-lima watak dalam permainan ini. Tetapi bukan seperti Until Dawn, semua watak yang boleh dimanipulasikan boleh bertahan atau mati dan setiap keputusan yang dibuat oleh pemain akan memutuskan jalan cerita dan nasib mereka. Apa yang akan anda lakukan untuk terus hidup? Siapa yang anda akan selamatkan?
Senang cerita, jika anda pernah bermain Until Dawn, anda pasti sangat selesa dengan jalan permainan Man of Medan. Dan terdapat tetapan QTE dalam permainan ini, anda mesti membuat pilihan dan menyelesaikan keperluan dalam masa tertentu, seperti membuat serangan dan mengelak. Di samping itu, butiran permainan memang nampak realistik terutama bahagian rupa mereka, butiran tempat kejadian juga sama, ternyata Supermassive bayak menghabiskan masa untuk kesemua ini!
Man of Medan dikategorikan kepada tiga mod permainan iaitu pemain tunggal, penceritaan dan perkongsian cerita. Mod pemain tunggal seperti biasa untuk perjalanan sendiri; versi penceritaan boleh bermain sehinga 5 orang; kemudian perkongsian cerita yang membenarkan 2 orang untuk bermain , jadi pemain boleh membuat pilihan mengikut keperluan mereka.
Memang seronok lah jika bermain bersama rakan-rakan anda di hujung minggu, tidak lah anda rasa seriau jika bermain seorang diri. Seperti Until Dawn, Man of Medan sedikit lebih kurang dengan masalah penyelarasan. Kawalan juga agak sedikit sukar. Tetapi kita patut memuji pasukan Man of Medan kerana berjaya melakukan kerja yang lebih sempurna dari Until Dawn.
Dalam Man of Medan kami boleh melihat status perubahan setiap watak selepas memilih sesuatu jalan penceritaan. Anda akan dapat menyemak tindakan dan kesannya dan juga perwatakan anda. Jalan cerita sepenuhnya akan dikongsikan kemudian. Senang cerita, banyak pemilihan yang disediakan untuk teruskan penceritaan.
Jadi apa lagi sebenarnya terjadi di dalam kapal berhantu tersebut? Nantikan kemaskini kami mengenai permainan Man of Medan ini! Anda boleh dapatkan permainan ini di PlayStation Store berharga RM119.00 sahaja.
@gamersantaimy
Discussion about this post