Sebentar tadi nampaknya Capcom telah umumkan raksasa yang dinantikan dan diingini ramai peminat akan hadir di Monster Hunter World : Iceborn iaitu ‘Zinogre‘!
Kembali dengan lebih mengganas dari sebelum ini! Pertama, bersiap sedia untuk satu lagi cabaran epik sebelum dilancarkan. Dari 30 Ogos pada pukul 12:01 pagi PDT hingga 1 September 11:59 malam PDT, pusingan ketiga beta akan hadir dengan memaparkan usaha bagi menentang si mitos Velkhana!
Kedua, dan yang paling penting adalah kehadiran semula Zinogre ke dunia Monster Hunter World: Iceborn ! Si serigala petir kegemaran ramai nampaknya dah bersedia menyerang dunia MHW! Raksasa ini menjadi kegemaran dari kehadiran debutnya pada tahun 2011. Dengan kombinasi yang hebat dan membawa ke pertembungan yang epik semua orang tidak mamou melupakanya!
Selain itu, kerana semua makhluk di Monster Hunter direka untuk merasa dibina dalam beberapa bentuk realiti, Zinogre juga mempunyai fisiologi yang sangat menarik, yang memberikan penjelasan latar belakang untuk kuasa elektrik yang mengagumkan. Semuanya bermula dari carapace kuning-coklat, yang dikenali sebagai “Zinogre Shocker,” yang merangkumi badan Zinogre; mereka mempunyai lipid yang mampu menghasilkan elektrik, yang kemudiannya disimpan dan diperkuat oleh “Zinogre Shockfur,” bulu putih yang dapat dilihat di leher, dada dan di pangkal kakinya.
Dan terakhir, ia juga datang dengan bentuk pepijat kecil yang berunsur guruh dinamakan Fulgurbugs. Sekumpulan kecil ini memperkuatkan tenaga Shockfur Zinogre, menyalakanya ke cahaya biru dan putih serta membolehkan fanged wyvern mencapai keadaan superchargenya!
Bukan itu sahaja, untuk mengingati raksasa ini, Guild telah membina gear yang menakjubkan istimewa dari bahagian Zinogre. Rekaan perisai klasik kembali bersama tweak untuk siluet asimetris dan kebolehan yang menyalurkan kenangan memburu Zinogre.
Makin dekat dengan kehangatan Monster Hunter World: Iceborn? Jangan risau seminggu lagi untuk pengeluaran nya di PlayStation 4 iaitu 6 September ini! Penceritaan baru adalah selepas konklusi di Monster Hunter World (Hunter Rank 16), tapi jika anda belum melepasi peringkat itu, pekara lebih menarik untuk semua adalah set Guardian Armor yang akan datang pada semua pemain sebagai muat turun percuma 4 September ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post