Capcom mengumumkan hari ini bahawa jumlah jualan Resident Evil Requiem telah melepasi lima juta unit di seluruh dunia. Berita ini mengukuhkan game tersebut sebagai salah satu keluaran terbesar tahun ini.
Pencapaian ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-30 francais Resident Evil pada bulan ini.
Resident Evil yang asal dilancarkan pada Mac 1996 dan memainkan peranan penting dalam membentuk genre survival horror, seterusnya melahirkan pelbagai sequel, remake, filem, serta komuniti peminat yang setia dan bersemangat selama tiga dekad.
Resident Evil Requiem menerima pujian kerana berjaya mencapai “keseimbangan” antara akar horror francais ini dengan gameplay berorientasikan aksi yang telah menarik perhatian peminat baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Game ini dibangunkan menggunakan RE ENGINE milik Capcom, iaitu teknologi yang sama di sebalik kejayaan terbaru termasuk Resident Evil Village dan remake Resident Evil 4.
Enjin ini membolehkan pembangun mencipta visual yang sangat realistik; daripada butiran halus seperti tekstur kulit watak dan mata yang berkaca hingga kepada cara cahaya menembusi permukaan lutsinar serta pergerakan rambut yang bergerak secara natural semasa gameplay.
Resident Evil Requiem direka sambil mengambil kira kebolehcapaian, dengan menawarkan pelbagai tetapan difficulty yang mengalu-alukan pemain baharu, di samping mencabar peminat setia yang telah mengikuti siri ini sejak awal lagi.
Ciri yang paling banyak dibincangkan ialah keupayaan untuk bertukar antara perspektif first-person dan third-person secara real-time.
Pemain boleh menukar sudut pandangan secara spontan mengikut keselesaan masing-masing… sama ada mereka lebih melihat ancaman dari dekat, ataupun melihat situasi lebih luas melalui kamera third-person.
Capcom merakamkan penghargaan kepada peminat dan menegaskan semula komitmen mereka untuk menghasilkan pengalaman gaming yang berkualiti tinggi.
“Kami kekal komited untuk memenuhi jangkaan pemain di mana sahaja,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan, sambil merujuk kepada pelaburan berterusan mereka dalam pembangunan permainan sebagai asas untuk projek-projek akan datang.
Resident Evil Requiem kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2.









Discussion about this post