Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS TUF Gaming A14 (2026) Kini Tersedia – Laptop Gaming Bawah 1.5kg Dengan Harga RM7,599!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2026
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS TUF Gaming A14 (2026) Kini Tersedia – Laptop Gaming Bawah 1.5kg Dengan Harga RM7,599!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia hari ini memperkenalkan laptop gaming terbaharu mereka, ASUS TUF Gaming A14 (2026) FA401EA, yang dikuasakan oleh pemproses generasi baharu AMD Ryzen AI Max 300 Series.

Model terbaharu ini menawarkan prestasi setaraf komputer desktop dalam rekaan ultraportable yang direka khas untuk para gamer yang mahukan kuasa tanpa perlu menanggung berat yang berlebihan.

Di dalam TUF Gaming A14 FA401EA adalah pemproses AMD Ryzen AI Max+ 392 bersama Radeon 8060S Graphics. Ia dilengkapi dengan 12 CPU core yang beroperasi pada kelajuan 3.2GHz dengan kelajuan turbo sehingga 5.0GHz, serta 40 compute units yang dikhususkan untuk pemprosesan grafik.

Apa yang membuatkan cip ini istimewa ialah Neural Processing Unit (NPU) dalaman yang mampu menyampaikan prestasi AI sehingga 50 TOPS.

Walaupun dilengkapi dengan perkakasan serius, TUF Gaming A14 hanya seberat 1.48kg dan setebal 1.69cm sahaja. Sebagai perbandingan, ia lebih ringan daripada kebanyakan laptop kerja biasa namun masih mampu menyampaikan prestasi setaraf laptop gaming.

Laptop ini mempunyai thermal design power (TDP) maksimum sebanyak 95W dalam Manual Mode, yang menurut ASUS jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan laptop pesaing dalam kategori saiz yang sama.

Sistem pengurusan haba telah dinaik taraf dengan motor kipas yang lebih kuat dan kipas baharu 97 bilah yang mampu mengalirkan lebih banyak udara berbanding generasi sebelumnya.

ASUS juga telah menambah lubang mikro pada dek papan kekunci yang membantu menarik masuk udara segar sambil memastikan tangan pengguna selesa semasa sesi gaming yang berpanjangan.

Laptop ini hadir dengan paparan 14 inci yang menawarkan resolusi 2.5K (2560 x 1600 piksel) dengan nisbah aspek 16:10. Skrin ini menyokong liputan warna 100% sRGB dan kadar segar semula 165Hz. Panel tahap IPS ini dilengkapi dengan salutan anti-silau yang membantu mengurangkan ketegangan mata semasa penggunaan yang berpanjangan.

Dari segi memori, FA401EA dilengkapi dengan 32GB LPDDR5X RAM yang beroperasi pada kelajuan 8533MHz dalam konfigurasi quad-channel. Storan pula dikendalikan oleh SSD 1TB PCIe 4.0 NVMe, dan ada dua slot M.2 2280 SSD, bermakna pengguna boleh menambah atau menaik taraf storan mengikut keperluan.

Laptop ini menyediakan pelbagai pilihan port: satu port USB4 (menyokong DisplayPort dan Power Delivery), satu port USB 3.2 Gen 2 Type-C, dua port USB 3.2 Gen 2 Type-A, satu port HDMI 2.1, satu pembaca kad Micro SD (UHS II), dan satu audio combo jack.

Sokongan USB Power Delivery bermakna anda boleh mengecas laptop ini menggunakan pengecas USB-C yang serasi.

Untuk sambungan wayarles, ia dilengkapi dengan WiFi 6E dan Bluetooth 5.3. Sistem audio pula dikuasakan oleh Dolby Atmos dengan pensijilan Hi-Res Audio serta pembatalan hingar AI dua hala.

Bateri 73Wh seharusnya mampu memberikan jangka hayat yang memuaskan untuk sebuah laptop gaming sekaliber ini, walaupun hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung kepada cara penggunaan.

ASUS TUF Gaming A14 (2026) FA401EA kini boleh didapati di semua pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia pada harga RM7,599.

Tags: AsusTUF Gaming A14
ShareTweetSend
Previous Post

Pokémon Truck LED Serbu Lembah Klang, Tawar Peluang Kepada Orang Ramai Cuba Pokémon Pokopia!

Next Post

Belum Sampai Seminggu, Resident Evil Requiem Sudah Jual Lima Juta Unit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Belum Sampai Seminggu, Resident Evil Requiem Sudah Jual Lima Juta Unit!

Belum Sampai Seminggu, Resident Evil Requiem Sudah Jual Lima Juta Unit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd