Game terbaru oleh Riot Games, Legends of Runeterra, akan keluar pada 1 Mei 2020 untuk PC dan mobile dan merupakan permainan kad strategi di mana kemahiran, kreativiti, dan kepandaian menentukan kejayaan anda. Jadi apa yang membuat Runeterra menonjol? Pertama sekali, ini berlangsung di dunia League of Legends.
Permainan ini akan dilancarkan dengan 120+ kad baru, termasuk region baru. Buat masa sekarang, kad baru ini boleh dimainkan bermula hari ini (29 April 2020) di PC. Pada tarikh pelancaran, Legends of Runeterra akan menampilkan 7 region , 35 champion, dan lebih daripada 400 kad. Setiap champion mempunyai mekanik unik mereka sendiri. Walaupun watak-watak tersebut ialah kekuatan utama dek anda, anda perlu menyokong mereka dengan pasukan yang seimbang sekiranya anda ingin kemenangan. Kad sokongan yang anda pilih harus melengkapkan champion pilihan anda.
Semua watak permainan berasal dari salah satu wilayah utama. Ini terdiri daripada Demacia, Noxus, Freljord, Piltover & Zaun, Ionia, dan Shadow Isles. Selain itu, setiap kawasan mempunyai gaya permainan dan kelebihan strateginya sendiri, jadi mencampurkan kad daripada beberapa kawasan dalam satu dek dapat memberikan anda kelebihan.
Sebagai pelancaran eksklusif, pemain yang login ke Legends of Runeterra sebelum 3PM (GMT +8) pada 8 Mei 2020 akan menerima Moonstruck Poro Guardian untuk menemani mereka dalam pengembaraan. Pemain baru juga akan menerima XP Boost untuk mempercepat kemajuan mereka dalam permainan.
Mereka yang suka permainan kad strategi boleh muat turun Legends of Runeterra sekarang di laman rasmi mereka. Pemain baru digalakkan untuk membuat akaun Riot Games untuk membolehkan permainan cross-platform, dan mendapatkan akses kepada ciri-ciri lain di dalam permainan seperti billing support dan lain-lain. Link disediakan di bawah. Untuk segala info tentang Riot Games, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post