Beberapa hari lepas, kami dapat berita bahawa Bandai Namco Studios Malaysia telah bantu dalam pembikinan Blue Protocol, sebuah game multiplayer RPG popular di Jepun.
Berita ini diumumkan melalui halaman Facebook Bandai Namco Studios Malaysia yang meluahkan rasa bangga untuk penglibatan dan pencapaian mereka bagi game ini. Bak kata mereka;
Blue Protocol yang dinanti-nantikan akhirnya dilancarkan! Selami dunia Regnas dan selamatkan planet ini! Kami berbangga kerana menyumbang kepada penciptaan Blue Protocol. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan atas kerja dan dedikasi mereka sepanjang tahun!
Bersama pengumuman itu, mereka turut memuat naik gambar yang menunjukkan setiap ahli yang terlibat serta jabatan pengkhususan mereka.
Bagi mereka yang tidak tahu, Blue Protocol ialah multiplayer online action RPG yang dihasilkan dalam gaya cel-shaded ala anime. Dengan cerita yang mengasyikkan dan menarik, pilihan untuk customize sepenuhnya watak anda, dan lima kelas unik untuk dipilih semasa pelancaran, pemain boleh menjadi wira fantasi mereka sendiri.
Blue Protocol membawa pemain dalam perjalanan heroik melalui Regnas, sebuah dunia yang berada di ambang kemusnahan selepas beribu-ribu tahun konflik dan penggunaan teknologi berlebihan. Semasa mengembara, kita boleh meneroka dunia yang indah dan mengenali watak penting dan penduduknya semasa mendalami misi utama, menyelesaikan sampingan, mengasah kemahiran melalui cabaran berbeza, dan banyak lagi.
Seperti saya jelaskan tadi, terdapat lima (5) Kelas unik dalam game. Setiap kelas mempunyai set kemahiran unik yang boleh diubah suai dengan Skill Point, yang diperoleh oleh pemain apabila meningkatkan level kelas mereka. Apabila pemain meningkatkan kemahiran ke level maksimum, mereka akan membuka abiliti baharu untuk kelas. Pemain juga boleh bertukar kelas pada bila-bila masa.
- Blade Warden – Pakar pedang dan perisai; menjadikannya kelas yang seimbang untuk diletakkan di barisan hadapan.
- Twin Striker – Cemerlang dalam melakukan damage jarak dekat, menggunakan dua kapak yang dahsyat.
- Keen Strider – Tangkas, dengan busur dan anak panah untuk serangan jarak jauh dan melakukan skill jenis area-effect; juga cemerlang dalam melemahkan musuh supaya barisan hadapan boleh menghabiskan mereka.
- Spell Weaver – Memanipulasi elemen untuk serangan api, ais dan kilat yang kuat.
- Foe Breaker – Memegang tukul besar yang melakukan serangan kuat dari dekat dan boleh menembak bola meriam untuk serangan jarak sederhana.
Disebabkan ini adalah game multiplayer, pemain boleh menikmati kisah Blue Protocol secara bersendirian atau bersama orang lain, dengan kandungan co-op termasuk Fields dan Dungeons sehingga enam pemain dan Raid epik untuk kumpulan yang lebih besar. Game ini akan memunculkan “boss” kuat secara rawak di atas peta yang memerlukan pemain berkumpul dari seluruh peta untuk mengalahkannya.
Malangnya, Blue Protocol hanya tersedia di Jepun sahaja buat masa ini. Menurut pengumuman rasmi, game ini akan dikeluarkan pada tahun 2024 di seluruh dunia untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam tetapi saya tidak pasti tentang tarikh keluaran tepat.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Bandai Namco Studios Malaysia kerana bantu menjayakan Blue Protocol!
Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post