Dengan memanfaatkan kemajuan teknologi VR, PICO XR Malaysia telah mengumumkan kerjasama FitXR; untuk membawa pengalaman hidup yang sihat dan mengasyikkan kepada semua orang di seluruh dengan memakai VR. Kini tersedia di pasaran, anda boleh mencuba aplikasi itu sendiri jika mahu!
Secara am, FitXR menggabungkan VR dengan latihan senaman badan yang direka oleh pakar kecergasan. Boleh dialami sebagai gim maya untuk headset headset PICO 4, ia berniat untuk menjadikan senaman lebih menyeronokkan dan boleh diakses oleh semua orang, FitXR menawarkan lima kelas senaman berbeza termasuk Box, Dance, HIIT (high-intensity interval training), Sculpt dan Combat.
Malah, dalam segmen masing-masing pun menawarkan pelbagai jenis senaman yang direka untuk memenuhi tahap dan matlamat kecergasan berbeza. Dari pemula kepada berpengalaman, senaman FitXR boleh diubah suai dengan keperluan individu. Untuk bantu dalam hal itu, FitXR menyediakan data berkaitan individu, termasuk pembakaran kalori, ketepatan dan intensiti latihan, supaya pengguna dapat melihat kemajuan mereka.
Senaman yang efektif pun memerlukan tunjuk ajar. Semasa bersenam, para pakar turut akan memberi panduan dan maklum balas semasa latihan. Mereka akan mengetuai setiap sesi, dan memberikan arah, petunjuk dan motivasi tepat untuk membantu kita mengekalkan momentum yang betul dan mendapatkan hasil.
Selain guru, kita akan ditemani oleh rakan-rakan lain. FitXR juga menyediakan pengalaman multiplayer dalam kelas, siap dengan persekitaran dan muzik, seolah-olah kita di gim atau studio senaman sebenar. Tidak kira di mana mereka, semua orang boleh mengambil bahagian dalam senaman dan menyokong antara satu sama lain melalui voice chat secara langsung.
Kempen FitXR istimewa di Malaysia
Untuk meraikan pelancaran FitXR di peranti PICO XR Malaysia, mereka telah memperkenalkan kempen “WORKOUT PICO ON” yang berlangsung dari 3 Julai hingga 30 Julai. Untuk menyertai, anda boleh mendaftar antara 19 Jun hingga 1 Julai melalui e-mel dan terima langganan FitXR percuma selama sebulan.
Selain itu, pelanggan yang berdaftar akan menerima pelan senaman mingguan. Sesiapa yang mempunyai markah tertinggi akan menerimanya berpeluang memenangi hadiah menarik! Pemarkahan adalah berdasarkan kalori yang dibakar (1 Kcal = 1 mata) dan tempoh (1 minit = 1 mata).
Hadiah cabaran termasuk:
- Hadiah pertama: Langganan FitXR 12 bulan + baucar Lazada RM 300
- Hadiah kedua: Langganan FitXR 3 bulan + baucar Lazada RM 200
- Hadiah ke-3: Langganan FitXR 3 bulan + baucar Lazada RM 100
Untuk maklumat lanjut tentang Pico Malaysia – FitXR, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.
Baca segala berita kami tentang PICO di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post